Jumlah pelawat :  

Ahli Ahli

Penamaan KWSP Menjamin Masa Depan Mereka

Pernahkah terfikir bagaimana keluarga anda akan menguruskan kewangan mereka andai kata terjadi sesuatu tragedi? Dapatkah mereka mengharunginya sendiri?

Dengan perancangan awal, anda mampu melindungi mereka daripada penderitaan. Hanya dengan menamakan ahli keluarga anda sebagai penama simpanan KWSP, ia akan memberikan satu perlindungan kewangan kepada mereka, sekiranya kematian terjadi secara tiba-tiba.

Nasib keluarga berada dalam tangan anda. Sekiranya anda berusia 18 tahun dan ke atas, lengkapkan Borang Penamaan KWSP 4 dan serahkannya ke cawangan KWSP yang terdekat. Borang boleh diperoleh di mana-mana cawangan KWSP atau dimuat turun dari laman web myEPF. Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai penamaan atau hubungi:

a.    Maklum balas online melalui enquiry
b.    Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c.    Mana-mana Pejabat KWSP.