Jumlah pelawat :  
Print

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
 
KENYATAAN TENDER
 
1.
Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) untuk memasuki tender bagi kerja seperti berikut :
 
No. Tender
Butir-butir Tender
Harga Dokumen (RM)
Syarat Kelayakan
Tarikh Buka
Tarikh Tutup Beli Dokumen
Tarikh Tutup
18/2/5/-0550-2(25)/2012 Cadangan Penurapan Jalan Dan Kerja-Kerja Luaran Sekeliling Bangunan KWSP Kota Kinabalu, Sabah RM200.00 CIDB – Gred G3, Kategori CE, Pengkhususan CE01 & CE21 dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) 30 Nov 2012 21 Dec 2012
(4:00 pm)
26 Dec 2012
(12:00 pm)
 
2.
  1. CIDB – Gred G3, Kategori CE, Pengkhususan CE01 & CE21 dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
  2. Dokumen Tender boleh diperolehi daripada Unit Pengurusan Tender/Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur & Tingkat 3, Seksyen Pengurusan Operasi, Blok A, Bangunan KWSP, 88598 Kota Kinabalu, Sabah mulai 30 November 2012 sehingga 21 Disember 2012 dengan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00 dalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek persendirian tidak akan diterima.
  3. Petender perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) untuk semakan sebelum dibenarkan membeli Dokumen Tender. Salinan fotostat Sijil Pendaftaran tidak akan dilayan. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat.
  4. Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 05 Disember 2012 (Rabu), jam 10.00 a.m di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Seksyen Pengurusan Operasi, Blok A, Bangunan KWSP, 88598 Kota Kinabalu, Sabah. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul nombor Tender serta tajuk kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:


    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Unit Pengurusan Tender/Vendor,
    Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan,
    Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

    tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 26 Disember 2012 (Rabu) dan dimasukkan ke dalam Peti Tender No.(23). Pihak KWSP tidak terikat menerima tawaran tender terendah atau sebarang tender.
  5. Semakan ke atas Rekod Caruman akan dibuat untuk mana-mana penyebutharga yang boleh ditafsirkan sebagai majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan mempunyai tanggungan mencarum. Jika penyebutharga didapati gagal mencarum, tawaran sebutharga berkenaan tidak akan dipertimbangkan.