Jumlah pelawat :  

Pelaburan KWSP

Soalan Lazim

» Bagaimanakah keputusan pelaburan dibuat?

Keputusan pelaburan akan dibuat melalui proses yang amat teliti, manakala  kepentingan ahli KWSP dipelihara oleh Panel Pelaburan KWSP semasa Mesyuarat Panel Pelaburan KWSP.

» Di manakah simpanan ahli dilaburkan?

Simpanan ahli dilaburkan dalam instrumen pelaburan seperti berikut:

  • Sekuriti Kerajaan Malaysia
  • Pinjaman, Debentur dan Bon-Bon
  • Saham-saham
  • Pasaran Wang
  • Hartanah

» Siapakah yang bertanggungjawab mengenai dasar pelaburan KWSP?

Panel Pelaburan KWSP bertanggungjawab untuk meluluskan dasar pelaburan KWSP.

» Siapakah yang melaksanakan transaksi pelaburan?

Transaksi pelaburan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa di bawah Surat cara Penurunan Kuasa Lembaga kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Lembaga.

» Siapakah yang melaksanakan transaksi pelaburan?

Transaksi pelaburan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa di bawah Surat cara Penurunan Kuasa Lembaga kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Lembaga.

» Siapakah yang menganggotai Panel Pelaburan dan siapakah yang melantiknya?

Anggota Panel Pelaburan KWSP terdiri daripada:

  • Pengerusi KWSP;
  • Wakil Bank Negara Malaysia;
  • Wakil Kementerian Kewangan;
  • Tiga ahli profesional dari sektor swasta yang berpengalaman di dalam bidang kewangan, atau pengalaman lain yang berkaitan;
  • Ketua Pegawai Eksekutif sebagai Ahli Ex-officio. Pelantikan Panel Pelaburan KWSP dibuat oleh Y.B. Menteri Kewangan;

» Adakah KWSP membayar zakat ke atas pelaburan/simpanan?

KWSP tidak membayar zakat ke atas pelaburan / simpanan.

» Adakah pelaburan KWSP dikenakan cukai?

Pelaburan KWSP di Malaysia dikecualikan daripada cukai.

» Apakah pelaburan KWSP di dalam prasarana negara?

KWSP dengan secara langsung telah membiayai projek-projek prasarana negara bagi menyediakan kemudahan dan keselesaan rakyat seperti pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang (KLIA), Projek Penjanaan Kuasa Persendirian (Independent Power Producer - IPP), pembinaan lebuh raya dan pembinaan Rel Transit Aliran Ringan bagi STAR dan PUTRA.

» Apakah perbezaan lokasi aset KWSP semasa berbanding beberapa tahun yang lepas?

Jika dilihat sejak 10 tahun kebelakangan ini, jelas bahawa peruntukan aset KWSP sudah melalui beberapa perubahan terutamanya dalam pelaburan SKM. Pelaburan dalam instrumen tersebut mengalami kemerosotan yang ketara berpunca dari kurangnya terbitan baru oleh kerajaan. Oleh itu, dana KWSP terpaksa dilaburkan ke dalam kelas-kelas aset lain seperti pinjaman, instrumen pasaran wang, ekuiti dan hartanah. Contohnya, pelaburan SKM pada tahun 1995 meliputi 40.94% dari pelaburan keseluruhan tahun berkenaan. Sebaliknya, sehingga 31 Mac 2005, jumlah tersebut menurun kepada hanya 39.21% dari pelaburan keseluruhan. Selain itu, KWSP sudah meningkatkan pelaburan di dalam sektor ekuiti dari hanya RM10.5 bilion pada tahun 1995 kepada RM46.87 bilion pada 31 Mac 2005.

» Bagaimanakah KWSP mempertimbangkan sesuatu cadangan pelaburan?

Dalam membuat pertimbangan ke atas sesuatu cadangan pelaburan, terlebih dahulu satu kajian mendalam ke atas syarikat-syarikat berpotensi untuk dilaburkan akan dilaksanakan. Kajian "due diligence" dilaksanakan untuk menentukan bahawa syarikat-syarikat yang akan dilaburkan mempunyai kekukuhan dari segi kewangan syarikat, pemegang saham dan tujuan kemudahan pembiayaan diperlukan sebelum dikemukakan kepada Panel Pelaburan. Panel Pelaburan akan membuat penilaian teliti sebelum memberi kelulusan untuk melaksanakan pelaburan.

» Bagaimanakah KWSP mempertimbangkan sesuatu cadangan pelaburan?

Dalam membuat pertimbangan ke atas sesuatu cadangan pelaburan, terlebih dahulu satu kajian mendalam ke atas syarikat-syarikat berpotensi untuk dilaburkan akan dilaksanakan. Kajian "due diligence" dilaksanakan untuk menentukan bahawa syarikat-syarikat yang akan dilaburkan mempunyai kekukuhan dari segi kewangan syarikat, pemegang saham dan tujuan kemudahan pembiayaan diperlukan sebelum dikemukakan kepada Panel Pelaburan. Panel Pelaburan akan membuat penilaian teliti sebelum memberi kelulusan untuk melaksanakan pelaburan.

» Apa yang dimaksudkan dengan Bon Kerajaan atau Sekuriti Kerajaan Malaysia?

Bon Kerajaan atau Sekuriti Kerajaan Malaysia adalah termasuk:

pinjaman-pinjaman yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

kertas-kertas Bank Negara Malaysia dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan.

mana-mana instrumen komersial (yang mempunyai sifat-sifat bolehniaga) yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan; dan

apa-apa deposit dalam akaun sumbangan pendahuluan di bawah seksyen 26(1)(a)(i)

» Apakah yang dimaksudkan dengan instrumen pasaran wang?

Instrumen pasaran wang merupakan kertas-kertas yang boleh diurus niaga dalam pasaran wang. Ia terdiri daripada:

  • Sijil Deposit Bolehniaga
  • Penerimaan Jurubank
  • Perjanjian Belian Balik
  • Kertas-kertas komersial
  • Nota Cagamas

» Apakah yang dimaksudkan dengan pinjaman / debentur?

Pinjaman adalah instrumen hutang yang melibatkan pihak peminjam dan pemberi pinjaman yang digunakan bagi membiayai sesuatu tujuan di mana pengenaan kadar faedah tertentu dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk sesuatu jangka masa. Pinjaman-pinjaman yang ditawarkan ini disertai dengan jaminan atau tanpa jaminan. Debentur adalah instrumen sekuriti hutang yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat sebagai bukti/keterangan ke atas hutang atau sebagai sekuriti kepada jumlah pinjaman yang ditetapkan. Debentur adalah termasuk stok debentur, bon dan lain-lain sekuriti syarikat peminjam sama ada mempunyai atau tidak caj ke atas aset syarikat berkenaan. Debentur selalunya mengenakan caj ke atas aset syarikat atau dalam bentuk sekuriti.

» Apakah yang dimaksudkan dengan ekuiti?

Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Saham dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Saham.

» Apa yang dimaksudkan dengan kadar dividen benar?

Kadar dividen benar adalah kadar dividen nominal ditolak dengan kadar inflasi.

» Apakah yang dimaksudkan dengan kadar dividen nominal?

Kadar dividen nominal adalah kadar yang diisytiharkan di mana ia digunakan di dalam pengiraan untuk pembayaran dividen ke dalam akaun ahli.

» Bagaimanakah kadar dividen KWSP dikira?

Untuk menentukan kadar dividen, faktor yang diambil kira ialah pendapatan bersih dan jumlah untuk 1% dividen pada akhir tahun. Berikut adalah contoh bagaimana kadar dividen ditentukan: 

Kadar dividen = Pendapatan bersih (a) x 1% Jumlah bagi 1% dividen (b)

Pendapatan pelaburan + Pendapatan bukan pelaburan -Perbelanjaan

Jumlah bagi 1% dividen adalah berdasarkan :

? baki pembukaan caruman (selepas pengeluaran) yang mendapat dividen untuk tempoh 12 bulan, dan 

? caruman bulanan yang mendapat dividen secara pro rata iaitu caruman bulan ke-n akan mendapat (12-n) bulan dividen. Sebagai contoh, caruman bulan September (n=9) mendapat 3 bulan dividen.

» Bagaimanakah pulangan pelaburan diagihkan kepada ahli?

Pulangan pelaburan diagihkan kepada ahli melalui pembayaran dividen tahunan.

» Berapakah dividen yang dijamin oleh KWSP?

Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.? Berapakah dividen yang dijamin oleh KWSP?

» Bilakah dividen bagi sesuatu tahun itu diisytiharkan?

Dividen akan diisytiharkan oleh Lembaga KWSP dengan kelulusan Menteri Kewangan pada atau selepas berakhirnya tahun kewangan iaitu pada 31 Disember setiap tahun.

» Siapa yang menentukan / meluluskan kadar dividen?

Kadar dividen dicadangkan oleh Pengurusan KWSP kepada Lembaga KWSP. Sesudah Lembaga KWSP memperakukan kadar dividen tersebut, kelulusan daripada Menteri Kewangan perlu diperolehi terlebih dulu sebelum ia diisytiharkan.

» Adakah semua pinjaman yang diberikan KWSP dijamin?

Sebahagian besar pinjaman yang diberi oleh KWSP adalah dijamin sama ada oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Bank-bank, Aset, Saham atau Hartanah. Walaupun terdapat pinjaman yang diberi oleh KWSP itu tanpa jaminan, namun keputusan untuk melabur ke dalam pinjaman berkenaan adalah berdasarkan kriteria keselamatan, daya maju projek, risiko dan juga pulangan. Setakat ini, kesemua pinjaman berkenaan tidak mempunyai masalah dalam menunaikan obligasi kewangannya.

» Kenapakah jumlah aset dan jumlah pelaburan berbeza?

Jumlah aset adalah merangkumi aset tetap KWSP seperti bangunan pejabat dan kelengkapan pejabat KWSP. Manakala jumlah pelaburan adalah dana KWSP yang dilaburkan dalam semua instrumen pelaburan termasuk hartanah bagi mendapatkan pulangan ke atas pelaburan.

» Pernahkah dana KWSP digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu?

Falsafah pelaburan KWSP adalah berhemah atau "prudence" dalam mendukung amanah untuk melindungi dana ahli KWSP dari risiko kerugian pelaburan. Pelaburan KWSP dibuat berasaskan polisi dan garis panduan yang ketat dan komprehensif dan kelulusan pelaburan dibuat oleh Panel Pelaburan KWSP yang mempunyai kepakaran serta integriti yang tinggi. Selaras dengan falsafah itu, dana KWSP tidak pernah digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu kerana pelaburan KWSP dilaksanakan berasaskan garis panduan yang ketat dan diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP.

» Sejauh manakah Kerajaan mengawal pelaburan KWSP?

Kerajaan tidak mengawal pelaburan KWSP. Pelaburan KWSP dilaksanakan sesudah kajian terperinci dilaksanakan bagi menentukan tahap pulangan dan risiko pelaburan Cadangan pelaburan akan dikemukakan kepada Panel Pelaburan KWSP untuk kelulusan.

» Adakah KWSP bertanggungjawab ke atas kerugian pelaburan di Institusi Pengurusan Dana (IPD)?

Ahli bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan dengan IPD. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang ganti rugi kepada ahli.

» Adakah pelaburan di IPD mempunyai jaminan pulangan minimum seperti KWSP?

Pelaburan di IPD tidak mempunyai jaminan pulangan minimum seperti KWSP.

» Adakah ahli dibenarkan untuk mengeluarkan keuntungan yang diperolehi dari pelaburan SPA di IPD?

Keuntungan yang diperolehi hasil dari pelaburan ahli di IPD hendaklah dilaburkan semula ke dalam pelaburan ahli di IPD dan ahli tidak dibenarkan untuk mengeluarkannya.

» Bagaimanakah KWSP menyenarai pendekkan dana-dana amanah untuk ditawarkan kepada ahli-ahli di bawah SPA KWSP?

Dana-dana amanah yang ditawarkan oleh IPD di bawah SPA mesti memenuhi rekod pencapaian prestasi yang telah ditetapkan mengikut Kriteria Pemilihan Dana Amanah tahunan. Dana-dana berkategori ekuiti, imbang, bon dan pasaran wang yang telah mempunyai rekod Prestasi 3 tahun akan dinilai.

» Berapakah tempoh yang diperlukan untuk ahli menjual semula pelaburan di IPD?

KWSP tidak menetapkan jangka waktu yang tertentu untuk ahli menjual semula pelaburan di IPD.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 atau akses enquiry KWSP

Tarikh Semakan: 14 Mac 2014