Jumlah pelawat :  

Syer Kerajaan & PEN1516

Soalan Lazim

» Apakah caruman kerajaan (Syer Kerajaan)?

Caruman kerajaan adalah caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat oleh majikan bagi kakitangan awam sepanjang tempoh perkhidmatan percubaannya sebelum mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB).

 
» Apakah Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB)?

SPPB adalah skim pengeluaran KWSP yang layak dibuat oleh kakitangan awam setelah mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Ahli KWSP hanya layak mengeluarkan caruman pekerja, manakala caruman kerajaan akan dikembalikan ke KWAP.

 
» Mengapakah caruman kerajaan dikembalikan kepada KWAP?

Caruman kerajaan dikembalikan kepada KWAP bagi tujuan faedah persaraan kakitangan awam.

 
» Bolehkah saya menuntut caruman kerajaan yang telah dikembalikan kepada KWAP?

Tidak. Caruman kerajaan ini tidak boleh dituntut oleh mana-mana kakitangan awam yang mendapat status berpencen.

 

» Siapakah pihak yang boleh dihubungi sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut mengenai jumlah caruman kerajaan yang dikembalikan kepada KWAP?
Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) di Putrajaya  atau Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (CMC).
 
 
Tarikh Kemaskini: 27 November 2015
 
Tarikh Semakan: 17 Ogos 2017