Jumlah pelawat :  

Semak Penyata Kira-Kira Ahli

Anda hendaklah menyemak secara terperinci semua maklumat yang terkandung di dalam penyata tersebut bagi memastikan:

  • Maklumat peribadi anda iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian adalah betul.  Ini adalah untuk memastikan caruman dimasukkan ke dalam akaun yang betul dan bagi memudahkan serta mempercepatkan proses pengeluaran;
  • Butir-butir caruman bulanan dimasukkan ke dalam akaun anda pada setiap bulan adalah sama dengan potongan gaji anda. Rujuk Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 untuk memastikan ketepatan butiran caruman;
  • Maklumat mengenai penyelarasan akaun anda adalah teratur (jika ada);
  • Jumlah simpanan anda di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 adalah betul.

Anda juga dinasihatkan membaca dan memahami semua arahan yang dinyatakan di dalam penyata berkenaan.