Jumlah pelawat :  

Maksud Caruman

Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada KWSP berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja.  Caruman bulanan ini akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja berkenaan.

Caruman KWSP pekerja terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan.

Caruman bahagian pekerja ialah sebahagian daripada gaji pekerja yang  dicarumkan di KWSP.  Caruman bahagian majikan pula ialah jumlah wang yang diberikan oleh majikan berdasarkan gaji pekerja untuk disimpan di KWSP.

Caruman KWSP boleh dibayar dalam bentuk:

  •  Tunai
  • Wang pos
  •  Cek
  • Perbankan internet
  • Pemindahan dana secara elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT)
  • Draf bank
  • Cara-cara lain yang dibenarkan oleh KWSP

Bayaran hendaklah dibuat dalam jumlah genap mengikut kadar yang  ditetapkan di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.