Jumlah pelawat :  

Cara Caruman Dibayar 

Potongan Gaji

Potongan gaji anda bersama-sama dengan caruman bahagian majikan mestilah dihantar oleh majikan anda ke KWSP tidak lewat daripada 15 haribulan pada bulan berikutnya. Majikan yang lewat menghantar caruman akan dikenakan denda.

Contoh: Potongan gaji bulan Januari hendaklah dibayar sebagai caruman bulan Februari sebelum atau pada 15 Februari.

Majikan yang gagal mencarum atau tidak membuat potongan bahagian pekerja adalah melakukan kesalahan di bawah Akta KWSP dan boleh diambil tindakan undang-undang.