Jumlah pelawat :  

Kadar Caruman

Kadar caruman syer majikan bagi pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000 dan ke bawah dinaikkan 1 peratus daripada 12 peratus kepada 13 peratus. Kadar caruman syer pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Kenaikan kadar caruman bahagian majikan ini berkuat kuasa mulai upah pekerja bulan Januari 2012 bagi caruman bulan Februari 2012.

Kadar caruman bagi pekerja dan majikan yang terkini boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991 (klik untuk muat turun). Majikan dikehendaki membayar caruman syer pekerja berdasarkan jadual ini.

Untuk melihat kadar caruman pekerja dan majikan yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012, klik di sini.

Nota:     Perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini (sekurang-kurangnya versi 8.0) diperlukan untuk memastikan fail Jadual Ketiga boleh dipaparkan, dicetak atau dimuat turun.