Jumlah pelawat :  

Bayaran Yang Wajib Bagi Caruman KWSP

Secara dasarnya, semua bayaran yang merupakan upah akan diambil kira dalam pengiraan jumlah caruman bulanan anda. Ini termasuk:

  • Gaji
  • Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
  • Bonus
  • Elaun
  • Komisen
  • Insentif
  • Tunggakan upah
  • Upah bagi cuti bersalin
  • Upah bagi cuti belajar
  • Upah bagi cuti separuh gaji
  • Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya.