Jumlah pelawat :  

Penyata Gaji

Majikan anda dikehendaki memberikan penyata gaji kepada anda setiap bulan. Ia bertujuan membolehkan anda menyemak sama ada gaji anda telah dipotong dalam jumlah yang betul sebagai caruman KWSP. 

Penyata ini juga akan digunakan oleh KWSP sebagai bukti sama ada caruman KWSP anda telah dibayar atau sebaliknya. Oleh itu, anda adalah dinasihatkan menyemak penyata ini pada setiap bulan dan menyimpannya dengan selamat. Penyata ini hendaklah mengandungi antara lain maklumat-maklumat seperti berikut:

  • Nama penuh;
  • Nombor keahlian KWSP;
  • Jantina;
  • Nombor Kad Pengenalan;
  • Nombor pasport/kewarganegaraan (jika anda bukan warganegara Malaysia);
  • Tempoh pembayaran gaji;
  • Jumlah gaji;
  • Pembayaran-pembayaran lain bagi tempoh masa itu;
  • Jumlah caruman KWSP untuk syer pekerja dan majikan;
  • Nombor rujukan majikan;
  • Nama penuh majikan/ wakil majikan, tandatangan dan tarikh penyata dikeluarkan.