Jumlah pelawat :  

Caruman Pilihan Sendiri

Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk memiliki simpanan di hari persaraan.

Berikut adalah golongan yang layak mencarum dalam caruman sukarela di bawah Akta KWSP 1991:

  1. Orang gaji domestik yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang perseorangan (tuan rumah berkenaan).
  2. Pemilik tunggal atau rakan kongsi yang tidak bergaji, pekerja berpencen dan mereka yang bukan majikan atau bukan pekerja seperti yang ditetapkan di dalam Akta KWSP 1991.
  3. Pekerja warganegara Malaysia yang telah mengeluarkan kesemua simpanan mereka di bawah Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara dan telah kembali dan bekerja semula di Malaysia.

Bayaran caruman boleh dibuat melalui Borang KWSP 6A (1).

Bagaimana Mencarum di Bawah Kemudahan Caruman Pilihan Sendiri

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan).

Cara Membuat Bayaran

  1. Mengemukakan Borang Bayaran Caruman Pilihan Sendiri – KWSP 6A(1) bersama bayaran di mana-mana saluran bayaran yang telah disediakan oleh KWSP.
  2. Borang KWSP 6A(1) boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun daripada laman web ini.

Bentuk Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat di dalam bentuk:
  • Tunai;
  • Kiriman Wang;
  • Cek;
  • Perbankan Internet


Jika bayaran dibuat melalui cek, kiriman wang, atau bank draf, nombor rujukan ahli dan bulan caruman perlu dicatatkan di bahagian belakangnya.

Had Bayaran

  1. Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50 bagi setiap transaksi; DAN
  2. Maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.

Nota:
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.

Saluran Pembayaran Caruman

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA. Bayaran Caruman Pilihan Sendiri boleh dibuat menggunakan borang KWSP 6A (1) melalui saluran seperti berikut:

  1. Kaunter Peresitan KWSP:-
    • Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur;
    • Jalan Gasing, Petaling Jaya;
    • Shah Alam;
    • Seremban;
    • Melaka;
    • Johor Bahru;
    • Muar;
    • Kuantan;
    • Kota Bahru;
    • Kuala Terengganu;
    • Kangar;
    • Alor Star;
    • Kota Kinabalu;
    • Kuching;
    • Ipoh;
    • Seberang Jaya
  2. Melalui mel;
  3. Kaunter Ejen Bank;
    • Maybank Berhad;
    • Public Bank;
    • RHB BANK;
    • Bank Simpanan Nasional
  4. Perbankan Internet (Tidak memerlukan borang)
    • Maybank Berhad;
    • Public Bank;
    • CIMB
    • Kuwait Finance House

Nota:
KWSP tidak menggalakkan ahli membuat bayaran secara tunai di kaunter KWSP terutamanya bagi bayaran melibatkan amaun yang besar.

Ahli yang memilih untuk mencarum secara sukarela akan menerima semua faedah yang ditetapkan di bawah Akta KWSP, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya.