Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Perkhidmatan mySMS

Perkhidmatan mySMS KWSP telah disediakan dengan menggunakan nombor 15888 yang merupakan nombor yang seragam untuk semua perkhidmatan SMS Kerajaan.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Mendapatkan alamat Pejabat-pejabat KWSP.
  2. Memohon supaya Borang-borang Pengeluaran dan Penamaan dihantar terus ke emel pengguna.
  3. Mendapatkan keterangan berkenaan i-Akaun.

Kos:

  • Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
  • Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.

Kaedah Penggunaan:

Perkhidmatan ini boleh terus digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu membuat sebarang pendaftaran terlebih dahulu.

Cara-caranya:

Taip  
KWSP
   SMS ke  
15888


Mesej yang akan diterima:
Menu: 1-Alamat. 2-Borang-borang KWSP. 3-i-Akaun. Cth: Utk alamat, taip KWSP 1 & SMS ke 15888. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-89226000. Web: www.kwsp.gov.my

ALAMAT PEJABAT-PEJABAT KWSP

Taip KWSP [Lokasi] & SMS ke 15888

Contoh:

Taip  
KWSP KL
   SMS ke  
15888

 

Mesej yang akan diterima:
KWSP: Tingkat Bawah Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Faks: 03-26941391. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-89226000. Web: www.kwsp.gov.my

BORANG-BORANG KWSP

Pada masa ini, perkhidmatan mySMS untuk mendapatkan borang-borang pengeluaran dan penamaan sahaja.

Taip KWSP [Jenis Pengeluaran] [Emel Anda] & SMS ke 15888

Contoh:

Taip  
KWSP Perumahan abc@yahoo.com
   SMS ke  
15888

 

Mesej yang akan diterima:
KWSP: Borang yg dipohon telah dihantar ke emel anda. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-89226000. Web: www.kwsp.gov.my

i-AKAUN

Taip  
KWSP i-Akaun
   SMS ke  
15888


Mesej yang akan diterima:

KWSP: Utk daftar i-Akaun, dptkan Kod Pengaktifan di Kios KWSP berdktan. Kemudian aktifkan kod di www.kwsp.gov.my. Info lanjut: 03-89226000

Klik di sini untuk senarai penuh perkhidmatan mySMS KWSP.

Pertanyaan:

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan KWSP, sila hubungi:

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan mySMS, sila hubungi:
Careline di talian 03-55692840 atau emel ke careline@15888.my

 

Tarikh Kemaskini: 17 November 2015

Tarikh Semakan: 28 Februari 2018