Jumlah pelawat :  

Maklumat Berkaitan Pengeluaran

Simpanan KWSP anda adalah merupakan simpanan wajib yang bertujuan untuk membantu anda semasa persaraan, ini tidak bermakna anda langsung tidak dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan KWSP anda sebelum anda bersara. KWSP ada menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran untuk anda. Kemudahan-kemudahan pengeluaran ini adalah terdiri daripada Pengeluaran Sebelum Persaraan dan Pengeluaran Persaraan.

Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan anda mengeluarkan simpanan sebelum anda mencapai umur persaraan. Tujuannya ialah untuk membantu anda membuat persediaan untuk persaraan anda nanti.

Manakala Pengeluaran Persaraan pula membenarkan anda mengeluarkan simpanan setelah anda mencapai umur persaraan.

Selain daripada kemudahan pengeluaran, KWSP juga ada menyediakan kemudahan pengeluaran pelaburan untuk ahli KWSP.

 

Tarikh Semakan: 13 November 2014