Jumlah pelawat :  

Kemudahan Yang Disediakan

Perkhidmatan i-Akaun

i-Akaun merupakan akaun KWSP Ahli atau Majikan secara online. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang ditawarkan oleh KWSP.

Ahli Majikan

Ahli boleh:

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

       Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Ringkas.

Majikan boleh:

  1. Menggunakan Perkhidmatan e-Caruman
    • Penghantaran Borang A Beserta Bayaran
    • Penghantaran Borang A Sahaja
    • Penghantaran Bayaran Sahaja

    Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Ringkas.
  2. Menggunakan Perkhidmatan e-CTML
    • Penghantaran Penyelesaian CTML

    Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Ringkas.
  3. Menggunakan Perkhidmatan e-DES
    • Permohonan Lesen Kekunci Sistem Data Berkunci
    • Muat Turun Perisian dan Lesen Kekunci
    • Permohonan Penjanaan Semula Lesen Kekunci

    Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Ringkas.
  4. Menyemak nombor KWSP pekerja
  5. Mendaftar ahli baru KWSP
  6. Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun


Kelayakan untuk Mendaftar i-Akaun

Ahli Majikan

Ahli KWSP yang mempunyai MyKad dan nombor KWSP yang sah.

Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah.

 

Pendaftaran i-Akaun

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar i-Akaun Ahli dan Majikan.

Ahli Majikan
  1. Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan MyKad. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
  2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.
  1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i).
  2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.


Nota: Sekiranya anda telah mendaftar tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda, klik pada Pengaktifan i-Akaun (Ahli) atau Pengaktifan i-Akaun (Majikan). Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada, klik pada Login Ke i-Akaun.

 

Pengaktifan TAC

TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data.

Contohnya ialah apabila ahli atau majikan terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan mereka. TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna/Kata Laluan.

Cara-cara untuk mengaktifkan TAC adalah seperti berikut:

Ahli Majikan

Ahli boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

  1. Ahli KWSP telah mendaftar i-Akaun
  2. Ahli yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian di mana-mana kios atau kaunter KWSP

Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP.

Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

  1. Majikan telah mendaftar i-Akaun
  2. Majikan yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP dengan mengisi Borang KWSP 1(i).

 

Tarikh kemaskini: 5 Jun 2014

Tarikh Semakan: 29 Ogos 2014