Jumlah pelawat :  

Menyemak Ahli KWSP

Anda telah didaftarkan sebagai ahli sekiranya memiliki nombor keahlian KWSP.

Setiap ahli KWSP akan diberikan dengan satu nombor keahlian sahaja. Nombor keahlian ini adalah juga nombor akaun KWSP anda dan digunakan dalam setiap urusan di antara anda dan KWSP termasuklah bayaran caruman dan pengeluaran.

Jika bertukar majikan, anda mestilah memberitahu nombor keahlian anda kepada majikan baru bagi urusan bayaran caruman.

Sekiranya anda belum menerima sebarang maklum balas daripada KWSP atau majikan anda mengenai nombor keahlian, anda boleh mengunjungi mana-mana Pejabat KWSP untuk mendapatkan nombor keahlian.