Jumlah pelawat :  

Portal Informasi Skim Pelaburan Ahli

Soalan Lazim

» Apakah tujuan portal informasi dana tersebut ?

Menyediakan maklumat-maklumat berkaitan dana-dana unit amanah dan syarikat Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP.

» Bolehkah portal ini membuat analisa perbandingan di antara dana-dana unit amanah dari syarikat yang berbeza?

Boleh. Tetapi perbandingan hanya boleh dibuat di antara dana daripada kategori yang sama.

» Adakah portal ini memberikan cadangan untuk memilih dana yang terbaik untuk pelaburan?

Tidak. Portal tersebut hanya menyediakan maklumat-maklumat dana amanah dan IPD sahaja sebagai rujukan untuk ahli / pelabur membuat keputusan pelaburan.

» Adakah ahli perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan portal informasi dana ini?

Semua ahli KWSP yang mempunyai i-Akaun boleh melayari portal tersebut melalui ‘tab' yang disediakan di laman i-Akaun.

» Adakah dana-dana unit amanah yang disenaraikan di dalam portal tersebut hanyalah dana-dana yang diluluskan oleh KWSP di bawah SPA KWSP?

Ya. Dana-dana yang disenaraikan adalah dana-dana yang diluluskan oleh KWSP di bawah SPA KWSP sahaja.

» Adakah maklumat-maklumat yang dipaparkan di dalam portal tersebut diklasifikasikan sebagai sulit?

Tidak. Maklumat-maklumat yang dipaparkan adalah umum dan tiada sebarang maklumat peribadi atau maklumat pelaburan ahli dipaparkan di portal tersebut.

» Sekiranya ahli tiada i-Akaun, bolehkah ahli tersebut mengakses portal ini melalui pautan luar?

Tidak boleh kerana portal tersebut hanya boleh diakses melalui i-Akaun ahli KWSP sahaja.

» Adakah ahli boleh menuntut sebarang kerugian pelaburan daripada pihak KWSP sekiranya pelaburan tersebut dibuat berdasarkan maklumat-maklumat yang disediakan di dalam portal tersebut?

Tidak boleh. Portal ini bertujuan untuk memberikan maklumat-maklumat penting dana unit amanah kepada ahli untuk membuat keputusan pelaburan bukannya bertujuan untuk mempromosikan sebarang dana unit amanah atau IPD. Segala pelaburan yang dilakukan adalah di bawah tanggungan risiko ahli sendiri.

» Adakah ahli perlu membuat sebarang bayaran secara bulanan / tahunan untuk mendapatkan akses ke portal tersebut?

Tiada bayaran dikenakan. Portal ini merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP untuk ahli-ahli KWSP.

» Bolehkah portal ini membantu untuk membuat perbandingan prestasi di antara dana secara tahunan dan terkumpul?

Boleh. Portal ini ada menyediakan perbandingan secara tahunan dan terkumpul. Perbandingan juga boleh dibuat sama ada secara jadual ataupun carta graf.

» Berapa kerap maklumat-maklumat di dalam portal ini akan dikemaskinikan?

Maklumat-maklumat berkaitan dana-dana akan dikemaskinikan secara harian. Manakala, maklumat berkaitan IPD akan dikemaskinikan sekiranya terdapat sebarang perubahan.

» Berapa banyak dana yang boleh dibandingkan pada suatu masa?

Perbandingan hanya boleh dibuat sehingga 4 dana sahaja pada satu masa.

» Apakah maksud dana-dana yang aktif?

Dana aktif adalah dana-dana yang melepasi penilaian tahunan berdasarkan kepada kriteria pemilihan dana. Penilaian tahunan ini  memfokuskan kepada prestasi dana yang konsisten.

» Apakah maksud dana-dana yang digantung?

Dana-dana yang digantung adalah dana-dana yang tidak melepasi penilaian tahunan berdasarkan kepada kriteria pemilihan dana.

Walaubagaimanapun, IPD hendaklah bertanggungjawab untuk terus melakukan dan menjalankan pelaburan ke atas pelaburan ahli yang telah dipindahkan ke dalam dana yang telah digantung. Ahli KWSP boleh memindahkan pelaburan daripada dana yang digantung ke dalam dana-dana aktif ataupun membuat pengembalian semula ke akaun KWSP.

» Kenapa Lembaga Tabung Haji tidak disenaraikan dalam portal ini?

Lembaga Tabung Haji merupakan IPD yang dilantik di bawah SPA KWSP tetapi tidak mempunyai dana-dana unit amanah. 

» Adakah portal ini menyediakan maklumat dana-dana unit amanah di Malaysia?

Portal ini hanya mengkhususkan kepada dana-dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA KWSP. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau akses enquiry KWSP

 

Tarikh Kemaskini: 18 November 2015

Tarikh Semakan: 24 April 2016