Kaedah Pembayaran Caruman Oleh Majikan

Mod bayaran caruman boleh dibuat melalui:
i. Online banking
   •    Financial Processing Exchange (FPX)
   •    Direct Debit Authorization (DDA)
   •    Bank Portal (M2U)
ii. Perbankan Internet
iii. Cek
iv. Cek Jurubank
v. Kiriman Wang / Kiriman Wang Pos
vi. Tunai

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.

Majikan dikehendaki mencatatkan nombor rujukan majikan dan bulan caruman di bahagian belakang kiriman wang pos, kiriman wang, cek atau cek jurubank.

Sekiranya pembayaran dibuat melalui perbankan internet, majikan perlu membuka akaun di mana-mana bank seperti di Jadual A: Senarai ejen bank yang dilantik untuk perbankan internet.

Di Mana Caruman Boleh Dibayar?

Majikan boleh membayar caruman bulanan (Borang A) dan lain-lain bayaran di mana-mana Cawangan KWSP yang mempunyai fungsi peresitan. Bayaran caruman juga boleh dihantar melalui saluran Mel ke Cawangan KWSP Ibu Negeri dan Muar.

Bayaran caruman bulanan (Borang A) bersama-sama dengan caj lewat bayar dan dividen bagi pembayaran caruman tertunggak boleh dibuat melalui di mana-mana ejen bank yang dilantik seperti yang dinyatakan di bawah:

Pembayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan bank dan membawa bersama-sama borang caruman yang ditetapkan

Jadual A: Senarai ejen bank yang dilantik untuk perbankan internet

  1. Public Bank Bhd
  2. CIMB Bank
  3. Maybank Berhad
  4. Hong Leong Bank
  5. Citibank
  6. Alliance Bank
  7. Affin Islamic
  8. RHB Islamic
  9. UOB Bank
  10. OCBC Bank
  11. Deutsche Bank
  12. Ambank
  13. Kuwait Finance House
  14. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  15. HSBC Bank
  16. BSN

Jadual B: Senarai ejen bank yang dilantik untuk pembayaran di kaunter bank

  1. Maybank Berhad
  2. Public Bank Bhd
  3. RHB Bank Berhad
  4. BSN

Nota: Hanya bayaran caruman bulanan (Borang A), bayaran Caj Lewat Bayar / Dividen, bayaran caruman pilihan sendiri dan bayaran Skim Persaraan 1Malaysia (SP1M) sahaja yang dibenarkan diresitkan di kaunter ejen bank.

Saluran Bayaran

Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:

Mod Bayaran e-Caruman Perbankan Internet Kaunter Ejen Bank Kaunter KWSP Mel
Jenis Pembayaran Dalam Ringgit Malaysia Elektronik :
  1. FPX
  2. Direct Debit Autorization (DDA)
  3. Bank Portal (M2U)
Bayaran caruman secara elektronik (menerusi laman web bank)
  1. Tunai
  2. Cek
  1. Tunai *
  2. Cek
  3. Kiriman Wang
  4. Wang Pos
  5. Cek Jurubank
  1. Cek
  2. Kiriman Wang
  3. Wang Pos
Resit Bayaran Resit rasmi boleh dicetak melalui i-Akaun Majikan setelah majikan membuat bayaran secara online

Tiada resit rasmi yang dikeluarkan oleh pihak KWSP. Namun majikan dinasihatkan untuk menyimpan slip transaksi bayaran yang dikeluarkan oleh laman web bank berkaitan selepas transaksi dilaksanakan

Slip bayaran bank dianggap sebagai resit rasmi bayaran Resit rasmi (KWSP 30) akan dikeluarkan apabila bayaran diresitkan oleh KWSP Resit rasmi (KWSP 30) dihantar secara pos kepada majikan selepas bayaran diresitkan oleh KWSP

 

Nota – Tunai * (Kaunter KWSP):
1.    Mulai Januari 2018, bayaran tunai ditamatkan bagi Bayaran Caruman Bulanan (Borang A).
2.    Lain-lain Bayaran Caruman, had maksimum tunai adalah sebanyak RM500 bagi setiap transaksi diterima di Kaunter KWSP  
sehingga jam 3 petang sahaja.
3.    Mulai Julai 2018, bayaran melalui cek dan money order / postal order TIDAK diterima di kaunter KWSP.


Klik di sini
untuk mendapatkan senarai Kaunter KWSP dan Fungsi Bayaran