Jumlah pelawat :  

Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML)

Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML) adalah  caruman yang tidak dapat dikreditkan ke akaun ahli/pekerja kerana maklumat pekerja yang dibekalkan oleh majikan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A)  adalah tidak lengkap atau tidak sepadan dengan rekod ahli yang didaftarkan di KWSP.

Sebab sebab wujudnya CTML

CTML berlaku disebabkan maklumat ahli yang dibekal oleh majikan di dalam Borang A tidak tepat dan tidak lengkap sepertimana dalam rekod KWSP. Maklumat lengkap yang diperlukan:

  1. No. Ahli KWSP
  2. No. Kad Pengenalan 12 digit
  3. Nama dengan ejaan yang tepat

Cara Mengesan CTML

Majikan boleh mengenalpasti berlakunya CTML ke atas rekod ahli yang dikemukakan melalui:

  1. i-Akaun Majikan di e-CTML
  2. Penyata Caruman Bulanan yang dikemukakan oleh KWSP kepada majikan. Tanda (*) diruangan butiran pekerja yang berkaitan merujuk kepada wujudnya CTML
  3. Borang KWSP 1314 yang dilampirkan bersama-sama Penyata Caruman.

Tindakan Penyelesaian CTML

Bagi memastikan CTML ini dapat dikreditkan semula ke akaun ahli/pekerja dengan sewajarnya, majikan boleh menggunakan:-

  1. e-CTML

‚Äč       Majikan boleh melakukan penyelesaian CTML melalui i-Akaun Majikan. Majikan boleh mendapatkan maklumat ahli yang betul          dengan menggunakan kemudahan carian maklumat ahli di dalam sistem KWSP. Majikan hanya perlu mempunyai sama ada            No Kad Pengenalan atau No KWSP ahli yang betul sahaja dalam membuat carian.

    2. Borang KWSP 1314

        Menyelesaikan dengan mengisi butir-butir nama, nombor kad pengenalan dan nombor ahli pekerja dengan lengkap dan tepat           berdasarkan maklumat di dalam kad pengenalan pekerja di ruangan yang disediakan di dalam Borang KWSP 1314. Borang             KWSP 1314 ini hendaklah ditandatangani oleh majikan sebelum mengembalikannya kepada KWSP.