Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Kesalahan Dan Penalti

Berikut adalah kesalahan dan penalti di bawah Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991:

Seksyen

Kesalahan

Penalti

41(1)

Majikan yang gagal mendaftar dengan Lembaga dalam tempoh 7 hari dari tarikh majikan wajib mencarum.

Penjara tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

41(3)

Majikan yang gagal memberitahu Lembaga dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia berhenti bertanggung mencarum.

Penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

42(1)

Majikan yang gagal menyedia dan memberikan penyata upah kepada setiap orang pekerjanya.

Penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

43(2)

Mana-mana majikan yang gagal membayar caruman kepada Lembaga KWSP bagi pihak mana-mana pekerja.

Bayaran caruman hendaklah dibayar pada atau sebelum 15 haribulan berkenaan.

Penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

47(1)

Mana-mana majikan memotong atau cuba memotong daripada upah atau saraan mana-mana pekerja keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada caruman majikan.

Penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

48(3)

Mana-mana majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada KWSP.

Penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau
kedua-duanya.

59(a)

Mana-mana orang yang membuat secara lisan atau bertulis apa-apa pengisytiharaan, penyata, sijil atau dokumen yang TIDAK BENAR atau TIDAK BETUL.

Penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.