Jumlah pelawat :  

Pilihan Untuk Mencarum

Orang-orang yang dibenarkan memilih untuk mencarum:

  1. Orang gaji domestik yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang perseorangan (tuan rumah berkenaan). Notis pilihan boleh dibuat melalui Borang KWSP 16. Borang KWSP 16 hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan kepada majikan.
  2. Warganegara asing yang diambil bekerja dan negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada di Malaysia secara sementara di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan imigresen. Notis pilihan boleh dibuat melalui Borang KWSP 16B. Borang KWSP 16B hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan diserahkan kepada majikan.
  3. Pekerja (warganegara Malaysia) yang telah mengeluarkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 tetapi telah kembali dan bekerja semula di Malaysia. Notis pilihan boleh dibuat melalui Borang KWSP 16B. Borang KWSP 16B hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan diserahkan kepada majikan. 

(Nota:   Bagi pekerja yang disenaraikan di atas apabila pekerja telah membuat pilihan untuk mencarum, kedua-dua pihak pekerja dan majikan adalah bertanggung untuk mencarum dan pilihan tersebut tidak boleh dibatalkan).