Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Orang - Orang Yang Diwajibkan Mencarum

Selain daripada orang-orang yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta KWSP 1991, seorang majikan hendaklah membayar caruman KWSP bagi mana-mana orang yang diambil untuk bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan dan termasuk:
 
  • Pekerja sambilan, pekerja sementara dan pekerja dalam tempoh percubaan;
  • Pengarah yang menerima upah dari syarikat;
  • Pekerja sehingga umur 75 tahun sekiranya masih bekerja sama ada sudah atau belum membuat pengeluaran penuh/sebahagian selepas mencapai umur 55 atau 60 tahun;
  • Pekerja yang telah mengeluarkan kesemua simpanannya di bawah Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan, dan bekerja dengan majikan selain daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan;
  • Pekerja yang telah mengeluarkan simpanannya di bawah Pengeluaran Hilang Upaya, dan telah sembuh dan bekerja semula.
 
Nota: Keahlian KWSP
 
Umur minimum: Umur pekerjaan adalah tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 .
 
Umur maksimum: 75 Tahun
 
 
Tarikh Semakan: 30 April 2018