Jumlah pelawat :  

Menyimpan Buku Daftar Upah

Majikan hendaklah menyimpan buku/daftar upah dan rekod KWSP yang mengandungi butir-butir pekerja seperti yang disenaraikan di bawah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam tahun dari tarikh butiran terakhir direkodkan. [Seksyen 42 Akta KWSP 1991]

Buku/Daftar Upah ini hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pemeriksa KWSP untuk semakan apabila diminta.

Butiran yang perlu direkodkan dalam Buku/Daftar Upah :

  1. Nama penuh pekerja;
  2. Nombor keahlian KWSP;
  3. Jantina;
  4. Tarikh lahir;
  5. Nombor kad pengenalan / nombor pasport;
  6. Kewarganegaraan pekerja;
  7. Alamat tempat tinggal;
  8. Jawatan;
  9. Tarikh mula bekerja;
  10. Kaedah pembayaran upah (contohnya: harian/mingguan/bulanan);
  11. Upah untuk tempoh berkenaan;
  12. Pembayaran lain bagi tempoh berkenaan;
  13. Amaun yang dipotong untuk caruman KWSP;
  14. Amaun yang dibayar oleh majikan untuk caruman KWSP.