Jumlah pelawat :  

Menyediakan Penyata Upah

Majikan hendaklah menyediakan serta memberikan penyata upah kepada setiap pekerjanya. Penyata hendaklah mengandungi butir-butir berikut :

  1. Nama penuh pekerja;
  2. Nombor keahlian KWSP;
  3. Jantina;
  4. Nombor kad pengenalan/pasport;
  5. Kewarganegaraan;
  6. Kaedah pembayaran upah (contohnya: harian/mingguan/bulanan);
  7. Upah untuk tempoh  berkenaan;
  8. Tarikh bayaran upah;
  9. Pembayaran lain bagi tempoh berkenaan;
  10. Amaun yang dipotong untuk caruman KWSP;
  11. Nombor pendaftaran majikan;
  12. Amaun yang dibayar oleh majikan,untuk caruman syer majikan; dan
  13. Nama penuh majikan/wakil majikan, tandatangan serta tarikh penyata dikeluarkan.