Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Mendaftarkan Pekerja Sebagai Ahli KWSP

Majikan adalah bertanggungjawab untuk mendaftarkan mana-mana pekerjanya yang belum berdaftar dengan KWSP sebelum caruman pertama dibuat.
 
Pendaftaran ahli boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
 
1. Pendaftaran Melalui Kaunter
 
Pekerja anda perlu hadir di mana-mana Cawangan KWSP dan pendaftaran dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengesahan MyKad. Walaubagaimanapun, jika pengesahan melalui MyKad gagal atau pekerja anda bukan warganegara Malaysia, pekerja anda perlu melengkapkan borang KWSP 3(Daftar). Pekerja anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.
 
2. Pendaftaran Melalui i-Akaun Majikan
 
Majikan boleh mendaftarkan pekerjanya (warganegara Malaysia sahaja) sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun Majikan. Majikan perlu memasukkan maklumat demografik pekerjanya seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, jantina dan lain-lain maklumat pekerjanya dengan tepat ke dalam sistem dan menghantar maklumat pekerja ke KWSP. Pekerja anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.
 
3. Pendaftaran Melalui Kios
 
Pekerja anda hanya perlu membawa MyKad dan hadir di mana-mana Cawangan KWSP atau di mana-mana lokasi yang mempunyai Kios KWSP untuk melaksanakan pendaftaran. Pendaftaran dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengesahan MyKad. Pekerja anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.
 
4. Pendaftaran Secara Automatik
 
Pekerja anda akan didaftarkan sebagai ahli KWSP secara automatik apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan.  Pendaftaran ini dibuat berdasarkan kepada nama dan nombor kad pengenalan pekerja anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun pekerja anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).