Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Pendaftaran Majikan

Cara Mendaftar

Menurut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja majikan mula mengambil pekerja.

Borang KWSP 1 yang lengkap perlu dikemukakan beserta salinan MyKad atau pasport majikan serta borang pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti berikut:

i.   Notis Pendaftaran (Notice of Registration – Section 15) atau; ‘Certificate of Incorporation of Private Company' (Section 17)
ii.  Application For Registration of A Company (Section 14), 
iii. Particulars of Director / Officer
iv. Borang Pemilikan Syarikat (Perkongsian ATAU Pemilik Tunggal sahaja) 
 
Sebaik sahaja mendaftar, majikan akan diberikan:
  1. Nombor Rujukan Majikan - Nombor ini perlu digunakan di dalam semua urusan dengan KWSP
  2. Dokumen-dokumen berikut:
  • Borang A (KWSP 6) – untuk pembayaran caruman bulanan
  • Borang KWSP 3 – untuk pendaftaran pekerja sebagai Ahli
  • Borang KWSP 4 – Borang Penamaan
  • Sijil Pendaftaran Majikan – sijil ini perlu dipamerkan di premis majikan

Permohonan Untuk Nombor Rujukan Melebihi Daripada Satu

Majikan boleh memohon untuk didaftarkan di bawah nombor rujukan majikan melebihi daripada satu bagi memudahkan pembayaran caruman bulanan.

Contoh:

Syarikat XYZ Bhd

No. Rujukan Majikan 

Untuk Kakitangan 

123456

Untuk Pengurusan

789100