Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login
Print

 

 
KENYATAAN SEBUTHARGA
 
  Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat- syarikat yang berdaftar dengan CIDB, SPKK  di bawah Kod Bidang Pendaftaran bagi pembekalan seperti berikut:-
 
No. Sebut harga Butir-butir Sebutharga Harga Dokumen (RM) Syarat Kelayakan Tarikh Buka Tarikh Tutup Beli Dokumen Tarikh Tutup
18/3/5-0550-1(9)/2018 CADANGAN KERJA - KERJA PENGGANTIAN PAIP AIR DOMESTIK SERTA KERJA - KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN KWSP JOHOR BAHRU, JOHOR

RM32.00 TERMASUK GST 6 %

CIDB, GRED G1 HINGGA G5, KATEGORI ME, B10 / B24, SPKK

02 Februari 2018   (8.15 am)

14 Februari 2018       (04:00 pm)

21 Februari 2018
   (12:00  pm)
 
 
  1. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi daripada Unit Pengurusan Tender/Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur & Seksyen Pengurusan Operasi, Tingkat 14 Bangunan KWSP Jalan Dato' Dalam 80000, Johor Bahru, Johor mulai 02 Februari 2018 sehingga 14 Februari 2018 dengan dikenakan bayaran sebanyak RM32.00 (termasuk GST 6%). Pembayaran boleh dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun Maybank KWSP : 564155219470 / Tunai / Banker's Cheque  di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara wag pos atau cek tidak akan diterima.
  2. Penyebutharga perlu mengemukakan Salinan Resit Pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT), Sijil Pendaftaran  yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh CIDB, SPKK dan Sijil Pendaftaran GST beserta satu salinan fotostat untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen Sebut harga.
  3. Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 07 Februari 2018 (Rabu), jam 11.30 am di  Bilik Mesyuarat Tingkat 14, Bangunan KWSP Jalan Dato' Dalam 80000, Johor Bahru, Johor & 08 Februari 2018 (Khamis), jam 3.00 pm di Dewan Tingkat 26, Bangunan KWSP Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Kegagalan penyebutharga mematuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan dokumen tawaran tidak dikeluarkan atau penyertaan penyebutharga di dalam tawaran berkaitan akan TERBATAL dengan sendirinya.
  4. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan, ditulis nombor Sebutharga serta tajuk kerja berkaitan di sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga No. (14)    tidak lewat dari jam 12:00 tengahari pada 21 Februari 2018 (Rabu) untuk ditujukan kepada:


    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Unit Pengurusan Tender/Vendor,
    Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan,
    Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

  5. Semakan ke atas Rekod Caruman akan dibuat untuk mana-mana penyebutharga yang boleh ditafsirkan sebagai majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan mempunyai tanggungan mencarum. Jika penyebutharga didapati gagal mencarum, tawaran Sebutharga berkenaan tidak akan dipertimbangkan.
  6. Penyebutharga dinasihatkan meneliti jadual kerja sebelum mengambil dokumen ini.
  7. Dokumen yang dihantar melalui Perkhidmatan Kurier hendaklah menyatakan dengan jelas pada luar sampul kurier nombor Sebut harga yang disertai berserta nombor peti Sebut harga berkenaan.
  8. Pihak KWSP tidak terikat menerima tawaran Sebutharga terendah atau sebarang Sebutharga.