Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login
Print

 

 
KENYATAAN TENDER
 
  Tender adalah dipelawa daripada syarikat- syarikat yang berdaftar dengan CIDB, SPKK / UPKJ / PUKONSA di bawah Kod Bidang Pendaftaran bagi pembekalan seperti berikut:-
 
No. Tender Butir-butir Tender Harga Dokumen (RM) Syarat Kelayakan Tarikh Buka Tarikh Tutup Beli Dokumen Tarikh Tutup
18/3/5-0550-2(22)/2017 TENDER PRA - KELAYAKAN BAGI CADANGAN RETROFIT 11 UNIT VACUUM CIRCUIT BREAKER (VCB), PENGGANTIAN 35 UNIT AIR CIRCUIT BREAKER (ACB) DAN 6 UNIT CAST RESIN TRANSFORMER SERTA KERJA - KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN KWSP KOTA KINABALU, SABAH

RM53.00(TERMASUK GST  6 %)

CIDB, GRED G5 HINGGA G7, KATEGORI ME, E05, SPKK / UPKJ / PUKONSA

27 Disember  2017(8.15 am)

26 Januari 2018 (4:00 pm)

13 February  2018
   (12:00  pm)
 
 
  1. Dokumen tender boleh diperolehi daripada Unit Pengurusan Tender/Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur & Blok A Tingkat 3, Bangunan KWSP, Lot 49 Jalan Karamunsing, 88598 Kota Kinabalu, Sabah mulai 09 Januari 2018 sehingga 26 Januari 2018 dengan dikenakan bayaran sebanyak RM53.00 (termasuk GST 6%) dalam bentuk Bank Deraf / Kiriman Wang / Wang Pos  di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.
  2. Petender perlu mengemukakan Salinan Sijil Pendaftaran  yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh CIDB, SPKK / UPKJ / PUKONSA dan Sijil Pendaftaran GST beserta satu salinan fotostat untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen tender.
  3.  Kontraktor dikehendaki mengemukakan Wang Kesungguhan (Earnest Money) sebanyak RM5,000.00 dalam bentuk Bank Deraf / Jaminan Bank di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa mengembalikan dokumen tender. Wang ini akan dikembalikan selepas keputusan tender dibuat.
  4. Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 09 Januari 2018 (Selasa), jam 10.00 am di Bilik Mesyuarat Mabul, Blok A Tingkat 9, Bangunan KWSP, Lot 49 Jalan Karamunsing, 88598 Kota Kinabalu, Sabah. Kegagalan petender mematuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan dokumen tawaran tidak dikeluarkan atau penyertaan petender di dalam tawaran berkaitan akan TERBATAL dengan sendirinya.
  5. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan, ditulis nombor tender serta tajuk kerja berkaitan di sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender No. (16) tidak lewat dari jam 12:00 tengahari pada 13 Februari 2018 (Selasa) untuk ditujukan kepada:


    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Unit Pengurusan Tender/Vendor,
    Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan,
    Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

  6. Semakan ke atas Rekod Caruman akan dibuat untuk mana-mana penyebutharga yang boleh ditafsirkan sebagai majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan mempunyai tanggungan mencarum. Jika petender didapati gagal mencarum, tawaran tender berkenaan tidak akan dipertimbangkan.
  7. Petender dinasihatkan meneliti jadual kerja sebelum mengambil dokumen ini.
  8. Dokumen yang dihantar melalui Perkhidmatan Kurier hendaklah menyatakan dengan jelas pada luar sampul kurier nombor tender yang disertai berserta nombor peti tender berkenaan.
  9. Pihak KWSP tidak terikat menerima tawaran tender terendah atau sebarang tender.