Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login
Print

 

 

 
KENYATAAN TENDER
 
  Tender adalah dipelawa daripada syarikat- syarikat yang berdaftar dengan CIDB, SPKK  di bawah Kod Bidang Pendaftaran bagi pembekalan seperti berikut:-
 
No. Tender Butir-butir Tender Harga Dokumen (RM) Syarat Kelayakan Tarikh Buka Tarikh Tutup Beli Dokumen Tarikh Tutup Tender
18/2/5-0550-2(2)/2018 CADANGAN PENGUBAHSUAIAN RUANG PEJABAT PUSAT PENGURUSAN PERHUBUNGAN (CMC), MAKMAL KOMPUTER TINGKAT 2, MENGECAT BLOK PENTADBIRAN , HOSTEL & APARTMENT SERTA KERJA - KERJA BERKAITAN DI EPF LEARNING CAMPUS, EPF BANGI, SELANGOR

RM212.00(TERMASUK GST  6 %)

CIDB, GRED G5 , KATEGORI B, B07/B28, SPKK

19 Januari 2018 (8.15 am)

08 Februari 2018 (4:00 pm)

14 Februari 2018
   (12:00  pm)
 
 
  1. Dokumen tender boleh diperolehi daripada Unit Pengurusan Tender/Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur  mulai 24 Januari 2018 sehingga 08 Februari 2018 dengan dikenakan bayaran sebanyak RM212.00 (termasuk GST 6%). Pembayaran boleh dibuat secara Electronic Fund Transfer  (EFT) ke akaun Maybank KWSP : 564155219470 / Tunai / Bank Deraf   di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara Wang Pos atau cek tidak akan diterima.
  2. Penyebutharga  perlu mengemukakan Salinan Resit Pembayaran Melalui Electronic Fund Transfer (EFT)  , Sijil Pendaftaran  yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh CIDB, SPKK dan Sijil Pendaftaran GST beserta satu salinan fotostat untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen tender.
  3.  Kontraktor dikehendaki mengemukakan Wang Kesungguhan (Earnest Money) sebanyak RM5,000.00 dalam bentuk Bank Deraf / Jaminan Bank di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa mengembalikan dokumen tender. Wang ini akan dikembalikan selepas keputusan tender dibuat.
  4. Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 24 Januari 2018 (Rabu), jam 2.30 p.m di Bilik Seminar 1.1, Tingkat Bawah, Blok Pentadbiran, EPF Learning Campus, Bangi, Selangor. Kegagalan petender mematuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan dokumen tawaran tidak dikeluarkan atau penyertaan petender di dalam tawaran berkaitan akan TERBATAL dengan sendirinya.
  5. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan, ditulis nombor tender serta tajuk kerja berkaitan di sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender No. (16) tidak lewat dari jam 12:00 tengahari pada 14 Februari 2018 (Rabu) untuk ditujukan kepada:


    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Unit Pengurusan Tender/Vendor,
    Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan,
    Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

  6. Semakan ke atas Rekod Caruman akan dibuat untuk mana-mana penyebutharga yang boleh ditafsirkan sebagai majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan mempunyai tanggungan mencarum. Jika petender didapati gagal mencarum, tawaran tender berkenaan tidak akan dipertimbangkan.
  7. Petender dinasihatkan meneliti jadual kerja sebelum mengambil dokumen ini.
  8. Dokumen yang dihantar melalui Perkhidmatan Kurier hendaklah menyatakan dengan jelas pada luar sampul kurier nombor tender yang disertai berserta nombor peti tender berkenaan.
  9. Pihak KWSP tidak terikat menerima tawaran tender terendah atau sebarang tender.