Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia atau SP1M)

 

A. TUJUAN
i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
 
B. KONSEP DAN RASIONAL
Konsep atau kemudahan i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) adalah bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan. 
 
Rasional i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M):
a) Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b) Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c) Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
d) Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
     
C. GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI DAN TIADA PENDAPATAN TETAP
Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah:    
Petani/ nelayan/ pemandu teksi
Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
Baby-sitter
Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
Surirumah
Pekerja Berpencen
 
D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 
a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) menggunakan Borang KWSP 16G(1M).
 
E. AHLI YANG MENCARUM DI BAWAH ‘'CARUMAN BEKERJA SENDIRI''
Ahli perlu membuat permohonan pilihan i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) menggunakan Borang KWSP 16G(1M) terlebih dahulu dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
 
F. PEKERJA BERGAJI TETAP
Seorang pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
 
G. CARA PERMOHONAN 
Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) dengan cara berikut:
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel.
 
H. CARA BAYARAN
Cara membuat bayaran carumani-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M):
a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan BSN.
c) Perbankan Internet: MBB dan PBB. 
 
I. HAD BAYARAN  
   1. Tiada bayaran minimum (ringgit penuh); DAN
   2. Maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.
 
Nota:
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.
 
J. DIVIDEN 
Simpanan di bawah i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun.
 
K. SUMBANGAN KERAJAAN
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022. 
 
Walaubagaimanapun sumbangan ini tidak layak bagi ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap). Sumbangan Kerajaan juga adalah terhad kepada ahli i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) yang berumur kurang daripada 55 tahun sahaja. 
 
L. PENGKREDITAN SUMBANGAN KERAJAAN KE AKAUN AHLI
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan). 
 
M. PENGELUARAN 
i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli. Oleh itu, ahli boleh menggunakan/ mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat & prosedur semasa pengeluaran KWSP.