Jumlah pelawat :  

Mencarum Melebihi Kadar Berkanun Yang Diwajibkan

Anda atau majikan atau kedua-duanya boleh mencarum melebihi kadar berkanun mengikut pilihan  berikut:

  • Jika anda sahaja ingin mencarum melebihi kadar berkanun, anda boleh mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang KWSP 17A (AHL).
  • Jika majikan anda sahaja ingin mencarum melebihi kadar berkanun, majikan anda boleh mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang KWSP 17 (Maj).
  • Jika anda dan majikan ingin mencarum melebihi kadar berkanun, anda dan majikan boleh mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang KWSP 17A (AHL) dan  Borang  KWSP 17 (Maj).  

Kadar ini akan menjadi kadar berkanun yang baru dan kekal sehingga anda dan/atau majikan mengemukakan notis pembatalan melalui Borang KWSP 18A (AHL) dan KWSP 18 (Maj). Dengan ini, kadar caruman akan mengikut kadar caruman berkanun semasa.