Jumlah pelawat :  

Melaporkan Aduan Mengenai Caruman

Anda boleh membuat aduan mengenai caruman apabila berlaku keadaan berikut:

  • Majikan anda tidak mencarum bagi pihak anda;
  • Majikan anda memotong gaji anda tetapi tidak mencarum bagi pihak anda;
  • Caruman yang dibayar untuk anda adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan;
  • Caruman yang dibayar oleh majikan tidak mengikut tempoh bulan yang betul;
  • Maklumat yang disediakan oleh majikan dalam borang caruman tidak lengkap dan betul.

Anda boleh membuat aduan kepada KWSP dengan segera secara bertulis atau hadir ke mana-mana cawangan KWSP. Anda perlu mengemukakan maklumat dan dokumen berikut untuk menyokong aduan anda:

  • Maklumat peribadi anda seperti nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor keahlian KWSP;
  • Nama, nombor dan alamat majikan;
  • Kontrak perkhidmatan di antara anda dan majikan tersebut, jika ada;
  • Tempoh anda bekerja dengan majikan berkenaan;
  • Jumlah gaji yang dibayar kepada anda;
  • Jumlah caruman KWSP yang dipotong daripada gaji anda;
  • Salinan penyata gaji anda yang menunjukkan potongan caruman KWSP;
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan, jika ada.

Aduan ini hendaklah dibuat seberapa segera yang boleh, iaitu sebaik sahaja anda mendapat tahu bahawa caruman anda tidak teratur. Ini bertujuan membolehkan KWSP menyiasat aduan berkenaan dengan segera semasa majikan anda masih boleh ditemui.

Jika anda lewat mengemukakan aduan ini, KWSP berkemungkinan tidak dapat mengesan majikan anda untuk mengambil tindakan mendapatkan semula caruman anda.