Jumlah pelawat :  

Syarat Untuk Majikan Mendapatkan Kembali Caruman Syer Pekerja

Jika majikan tidak memotong gaji anda untuk dicarumkan pada masa gaji dibayar, majikan tidak boleh mendapatkan kembali caruman syer pekerja daripada anda selepas tempoh enam bulan. Ini bermakna, majikan anda perlu menanggung kedua-dua caruman bahagian pekerja dan majikan bersama-sama dividen yang sepatutnya diterima oleh anda.