Jumlah pelawat :  

Perkhidmatan mySMS

Perkhidmatan mySMS KWSP telah disediakan dengan menggunakan nombor 15888 yang merupakan nombor yang seragam untuk semua perkhidmatan SMS Kerajaan.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Mendapatkan alamat Pejabat-pejabat KWSP.
  2. Memohon supaya Borang-borang Pengeluaran dan Penamaan dihantar terus ke emel pengguna.
  3. Mendapatkan keterangan berkenaan i-Akaun.

Kos:

  • Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
  • Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.

Kaedah Penggunaan:

Perkhidmatan ini boleh terus digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu membuat sebarang pendaftaran terlebih dahulu.

Cara-caranya:

Taip  
KWSP
   SMS ke  
15888


Mesej yang akan diterima:
Menu: 1-Alamat. 2-Borang-borang KWSP. 3-i-Akaun. Cth: Utk alamat, taip KWSP 1 & SMS ke 15888. Pusat Panggilan: 03-89226000. Web: www.kwsp.gov.my

ALAMAT PEJABAT-PEJABAT KWSP

Taip KWSP [Lokasi] & SMS ke 15888

Contoh:

Taip  
KWSP KL
   SMS ke  
15888

 

Mesej yang akan diterima:
KWSP: Tingkat Bawah Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Faks: 03-26941391. Pusat Panggilan: 03-89226000. Web: www.kwsp.gov.my

BORANG-BORANG KWSP

Pada masa ini, perkhidmatan mySMS untuk mendapatkan borang-borang pengeluaran dan penamaan sahaja.

Taip KWSP [Jenis Pengeluaran] [Emel Anda] & SMS ke 15888

Contoh:

Taip  
KWSP Perumahan abc@yahoo.com
   SMS ke  
15888

 

Mesej yang akan diterima:
KWSP: Borang yg dipohon telah dihantar ke emel anda. Pusat Panggilan: 03-89226000. Web: www.kwsp.gov.my

i-AKAUN

Taip  
KWSP i-Akaun
   SMS ke  
15888


Mesej yang akan diterima:

KWSP: Utk daftar i-Akaun, dptkan Kod Pengaktifan di Kios KWSP berdktan. Kemudian aktifkan kod di www.kwsp.gov.my. Info lanjut: 03-89226000

Klik di sini untuk senarai penuh perkhidmatan mySMS KWSP.

Pertanyaan:

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan KWSP, sila hubungi:

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan mySMS, sila hubungi:
Careline di talian 03-55692840 atau emel ke careline@15888.my

 

Tarikh Semakan: 15 April 2015