Jumlah pelawat :  

Bayaran Dividen untuk Pengeluaran

Bayaran Dividen Untuk Pengeluaran Sebelum Persaraan

Bagi ahli yang membuat pengeluaran sebelum persaraan seperti Pengeluaran Perumahan, Umur 50 Tahun, Pendidikan, Kesihatan, Pelaburan Ahli dan Simpanan Melebihi RM1 Juta sebelum dividen diisytiharkan akan menerima bayaran seperti berikut:

  • bayaran pengeluaran yang hanya terdiri daripada simpanan pokok sahaja.
  • dividen bagi simpanan yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP ahli setelah kadar dividen sebenar diisytiharkan.

Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi)

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara sebahagian, dividen ke atas pengeluaran yang dibuat dalam kaedah ini juga adalah tertakluk kepada perkara di atas.

Manakala bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara  bulanan, dividen ke atas pengeluaran yang dibuat dalam kaedah ini akan dibayar kepada akaun KWSP ahli setelah kadar dividen sebenar diisytiharkan. 

Bayaran Dividen Untuk Pengeluaran Persaraan Dan Lain-Lain Pengeluaran

Bagi ahli yang membuat pengeluaran semua simpanan seperti Pengeluaran Umur 55/60 tahun (memilih mengeluarkan semua simpanan), Hilang Upaya dan Kematian (oleh waris ahli), pembayaran adalah tertakluk kepada dua keadaan iaitu:

Pengeluaran dibuat sebelum dividen diisytiharkan (Tempoh 1 Januari sehingga dividen diisytiharkan). Ahli akan menerima:

  • Semua simpanan; dan
  • dividen pada kadar 2.5% dibayar dahulu.
  • baki bayaran dividen akan dibayar setelah kadar dividen tahun berkenaan diisytiharkan.

Pengeluaran dibuat selepas dividen diisytiharkan. Ahli akan menerima:

  • semua simpanan; dan
  • dividen atas kadar yang diisytiharkan pada tahun berkenaan.

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara, tempoh masa di atas tidak terpakai. Ini bermakna ahli akan menerima semua simpanan beserta dividen atas kadar yang diisytiharkan pada tahun ahli memohon pengeluaran itu pada bila-bila masa.