Jumlah pelawat :  

Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Pengeluaran

Had Masa Mempertikaikan Ketepatan Amaun Pengeluaran

  • Ahli boleh mempertikaikan jumlah bayaran pengeluaran dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran merujuk kepada jika pembayaran melalui waran, pada tarikh waran dikeluarkan. Manakala jika pembayaran selain daripada waran, pada tarikh amaun didebitkan daripada akaun ahli. Pertikaian hendaklah dibuat secara bertulis. Jika tiada pertikaian dibuat dalam tempoh berkenaan amaun pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai betul dan teratur [Seksyen 57A (1), Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].

Had Masa Mempertikaikan Kesahihan Pengeluaran

  • Ahli boleh mempertikaikan kesahihan pengeluaran dalam tempoh 6 tahun dari tarikh notis pemberitahuan pengeluaran dihantar. Pertikaian hendaklah dibuat secara bertulis. Jika tiada pertikaian dibuat dalam tempoh berkenaan amaun pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai betul dan teratur [Seksyen 57A (3), Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].

Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran

  • Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].

Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu

  • ​Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].