Jumlah pelawat :  

Serahan Pemohonan Pengeluaran

Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan secara dalam talian di portal KWSP, serahan di kaunter atau serahan melalui mel.

Serahan Melalui Portal KWSP (e-Pengeluaran)

Log masuk ke i-Akaun ahli dan mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal KWSP.

Serahan Di Kaunter

Sila bawa bersama dokumen asal beserta salinan dokumen bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP (jika belum dibuat pengesahan dokumen).

Serahan Melalui Mel

Sila pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi pengesah kecuali bagi salinan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan oleh KWSP sebagai pegawai pengesahnya.
 
Permohonan melalui mel boleh dialamatkan ke:
 
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Karung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Selangor