Mendaftar Ahli KWSP

Anda boleh menjadi ahli melalui kaedah-kaedah berikut:

Mendaftar Secara Automatik

Anda akan didaftarkan sebagai ahli KWSP secara automatik apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan anda.  Pendaftaran ini dibuat berdasarkan kepada nama dan nombor kad pengenalan anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Pendaftaran adalah sempurna setelah KWSP mendapat pengesahan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pendaftaran Melalui Kaunter/Mel

Anda atau majikan anda boleh mengemukakan Borang KWSP 3 melalui kaunter atau mel untuk didaftarkan sebagai ahli KWSP. Anda perlu memastikan semua maklumat peribadi yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 3 berkenaan adalah lengkap dan betul serta cap ibu jari yang diturunkan adalah jelas.