Jumlah pelawat :  

Wajib Mencarum

Warganegara Malaysia:

  • pengarah yang dibayar gaji/ upah;
  • pekerja tetap, sambilan, sementara, sampingan dan pekerja dalam tempoh percubaan;
  • pekerja sehingga mencapai umur 75 tahun;
  • pekerja yang telah mengeluarkan kesemua simpanan di bawah Pengeluaran Pekerja Berpencen dan bekerja dengan majikan selain daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkanun atau berkuasa tempatan;
  • pekerja yang telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Hilang Upaya yang telah pulih kesihatannya dan bekerja semula dalam mana-mana perkhidmatan.