Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login
Print

Pembukaan Cawangan KWSP ke 68

Pelanggan yang dihormati,
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuka cawangan baru di Nilai, Negeri Sembilan. Ini merupakan cawangan KWSP yang ke-68 dan yang ketiga di Negeri Sembilan selepas Seremban dan Bahau. Waktu operasi adalah dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang, Isnin hingga Jumaat.
 
Antara perkhidmatan yang disediakan di KWSP Nilai adalah:
     • Menerima permohonan pengeluaran
     • Menyediakan dan menerima borang KWSP dari ahli dan majikan
     • Menyediakan penyata ahli
     • Mengendalikan pertanyaan
     • Memberikan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan KWSP. 
 
 
 
 
Tarikh Kemaskini : 22 Januari 2018
 
 
Jumlah pelawat :