Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login
Print

BAJET 2018: KWSP Sambut Baik Kenaikan Caruman Kerajaan dalam Skim Persaraan 1Malaysia (SP1M)

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2017: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyambut baik pengumuman Kerajaan untuk memberikan lebih insentif kepada kesejahteraan persaraan pekerja sektor tidak formal yang tidak dilindungi oleh sistem perlindungan sosial yang formal dan holistik.

Semasa pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan caruman Kerajaan ke dalam Skim Persaraan 1Malaysia (SP1M) kepada 15 peratus tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 seorang setahun untuk tempoh empat (4) tahun bermula 2018 hingga 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “KWSP sentiasa menerajui pembangunan keselamatan sosial dan amat prihatin terhadap kesejahteraan
13.7 juta rakyat Malaysia yang tidak dilindungi oleh mana-mana sistem perlindungan sosial yang formal dan holistik.

“Oleh dengan itu, kami amat sukacita dengan pengumuman ini kerana ia mencerminkan komitmen Kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat serta sokongan usaha yang kuat bagi meningkatkan jumlah pendaftaran SP1M.”

Diperkenalkan pada 2010, SP1M dibangunkan khas untuk memenuhi keperluan peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang tidak mempunyai gaji bulanan yang tetap tetapi menginginkan dana persaraan yang boleh mengembangkan nilai simpanan mereka di masa hadapan.  Individu boleh mencarum secara sukarela sebanyak minimum RM50 ke dalam akaun SP1M sehingga maksimum RM60,000 setahun.  Pemegang akaun SP1M juga berpeluang layak mendapat manfaat yang sama dengan ahli KWSP seperti memperoleh dividen tahunan ke atas simpanan serta menerima bantuan kematian sebanyak RM2,500.

Untuk maklumat lanjut berkenaan SP1M, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau kunjungi mana-mana kaunter KWSP seluruh negara.

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.

 

 

Jumlah pelawat :