Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login
Print

KWSP Umum Pengklasifikasian Data Ahli dan Majikan

Statistik baru digunakan bermula laporan Operasi S3 2017

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2017: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ia telah membuat pengklasifikasian data melibatkan bilangan ahli KWSP dan majikan bermula laporan suku tahun ketiga tahun ini (S3 2017) Operasi.

Aktiviti pengklasifikasian ini adalah untuk membezakan antara status akaun ahli yang masih mempunyai baki simpanan dan yang berbaki sifar (akaun ‘dormant’). Manakala data majikan pula diklasifikasi antara yang berstatus ‘majikan’ seperti yang termaktub dalam Akta KWSP 1991 dan yang berstatus bekerja sendiri (‘self-employed’).

Sistem pangkalan data KWSP akan secara automatik membezakan dan mengemaskini sebarang perubahan terhadap status akaun ahli atau majikan. Pengklasifikasian data ini tidak menjejaskan jumlah caruman ataupun statistik pengeluaran.

Di dalam taklimat media hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “KWSP mengendalikan data yang besar berikutan peningkatan mendadak dalam jumlah ahli dan majikan sejak 66 tahun yang lepas. Aktiviti pengklasifikasian ini adalah perlu untuk memberikan ketelusan dan kejelasan ke atas status akaun dan bagi memastikan statistik kami adalah bertepatan dengan peruntukan semasa Akta KWSP.

“Bermula suku tahun ini, jumlah ahli KWSP yang digunakan adalah berdasarkan akaun yang masih mempunyai baki simpanan sahaja.  Ini juga akan digunakan dalam Laporan Tahunan KWSP 2017 akan datang.”

Beliau menjelaskan bahawa akaun dormant akan kekal terbuka kepada ahli di bawah umur 75 tahun bagi memberi peluang untuk menyambung semula caruman ke dalam akaun KWSP masing-masing untuk kesejahteraan persaraan mereka.  

 

Data yang telah dikemaskini setakat 30 September 2017 (Q3 2017)

 

Jadual di bawah menunjukkan data yang telah dikemaskini berikutan aktiviti pengklasifikasian serta penerangan perubahan:

 

JUMLAH PEMEGANG AKAUN KWSP (SETAKAT 30 SEPT 2017)

17,800,785

AHLI KWSP

(akan digunakan bermula S3 2017)

13,725,539

AKAUN DORMANT

4,075,246

Ahli Aktif

7,057,201

Ahli Tidak Aktif

6,668,338

PENERANGAN

Mengemaskini jumlah ahli dengan mengecualikan akaun yang berbaki sifar selaras dengan definisi ‘ahli’ di dalam peruntukan semasa Akta KWSP.

     

 

JUMLAH MAJIKAN (SETAKAT 30 SEPT 2017)

548,079

‘MAJIKAN’ KWSP

(yang akan dilaporkan bermula S3 2017)

493,229

MAJIKAN BEKERJA SENDIRI

(diklasifikasi sebagai ahli)

54,850

PENERANGAN

Mengemaskini jumlah majikan dengan mengecualikan majikan berstatus self-employed (bekerja sendiri) yang sebelum ini didaftarkan sebagai ‘majikan’ di dalam polisi terdahulu.

 

 

Prestasi Operasi Suku Tahun setakat 30 September 2017

Jumlah caruman yang diterima dalam suku tahun dikaji meningkat 7.87 peratus kepada RM15.90 bilion daripada RM14.74 bilion dalam S3 2016, membawa jumlah caruman ahli terkumpul kepada RM715.97 bilion (berdasarkan jumlah ahli sebanyak 13.7 juta setelah aktiviti pengklasifikasian).

Pengeluaran Penuh Umur 60 Tahun merekodkan permohonan diluluskan sebanyak 12,811 melibatkan jumlah sebanyak RM280.66 juta, manakala Pengeluaran Fleksibel Umur 60 Tahun mencatat 29,712 permohonan diluluskan yang melibatkan RM662.05 juta. 

Permohonan yang diluluskan bagi Pengeluaran Fleksibel 55 Tahun dalam S3 2017 pula menurun 48.11 peratus kepada 44,976 daripada 86,684 dalam suku tahun yang sama pada 2016. Jumlah pengeluaran di bawah skim tersebut adalah RM1.80 bilion, berbanding RM2.53 bilion pada 2016 (S2 2017: 45,723; RM1.78 bilion). Permohonan yang diluluskan bagi Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun dalam suku tahun dikaji turut menurun 23.31 peratus kepada 36,045 (RM2 bilion) daripada 46,999 (RM2.29 bilion) dalam suku tahun yang sama tahun lepas (S2 2017: 41,914; RM2.51 bilion).

Jumlah pengunjung ke laman portal myEPF dalam S3 2017 meningkat 5.19 peratus kepada 5.89 juta daripada 5.60 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. Sementara itu, penggunaan Kios KWSP juga merekodkan penurunan 11.83 peratus daripada 3.29 juta dalam S3 2016 kepada 2.90 juta dalam S3 2017. Penggunaan i-Akaun meningkat 33.19 peratus kepada 6.04 juta dalam S3 2017 daripada 4.54 juta dalam S3 2016. Kepelbagaian perkhidmatan elektronik KWSP menyumbang kepada penurunan jumlah pengunjung ke kaunter perkhidmatan KWSP seluruh negara, daripada 1.25 juta dalam S3 2016 kepada 785,526 dalam S3 2017. 

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti pengklasifikasian data KWSP atau produk dan perkhidmatan KWSP, ahli boleh melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (CMC) di talian 03-8922 6000 atau kunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP seluruh negara. Untuk pendaftaran i-Akaun, ahli perlu mendapatkan kod pengaktifan melalui Kios KWSP, Kaunter Perkhidmatan KWSP, atau menghubungi CMC dari 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari bekerja. Aplikasi mudah alih i-Akaun juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

S3 2017 Statistik Operasi petunjuk (1-5)
S3 2017 Statistik Operasi petunjuk  (6)

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.

 

Jumlah pelawat :