Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login
Print

KWSP: Kadar Berkanun Untuk Caruman Syer Pekerja Kembali Ke 11% Mulai Upah/Gaji Januari 2018

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa kadar berkanun untuk caruman syer pekerja yang diturunkan kepada lapan (8) peratus bermula upah/gaji Mac 2016 (caruman April 2016) akan tamat pada upah/gaji bulan Disember 2017 (caruman Januari 2018). Pengurangan kadar ini adalah berikutan pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan pada 2016 semasa pembentangan Semakan Semula Bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Berkuatkuasa untuk upah/gaji Januari 2018 (caruman Februari 2018), kadar berkanun untuk caruman syer pekerja akan kembali ke kadar asal 11% untuk pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun dan 5.5 peratus untuk pekerja berumur 60 tahun ke atas.

Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada upah/gaji pekerja dan diremitkan kepada KWSP berdasarkan kadar caruman yang baharu ini. Kadar caruman terkini bagi syer pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Ahli yang ingin mencarum melebihi kadar berkanun 11 peratus atau 5.5 peratus boleh mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) atau Borang KWSP 17AA (AHL).

Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000, atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat.

Dikeluarkan oleh

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

 

Tarikh: 21 Disember 2017

 

Jumlah pelawat :