Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Whistleblowing & Anti-Fraud

 

Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat dan Polisi Anti-Fraud

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tadbir urus korporat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (‘Whistleblower Protection Policy') dan Polisi Anti-Fraud  bagi mencegah dan mengesan kegiatan fraud dan salah laku dengan lebih berkesan.

 

Identiti Pengadu Dilindungi

Mana-mana individu yang mahu melaporkan perlakuan fraud atau salah laku akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat.

Identiti pendedah maklumat akan dilindungi dan mereka boleh berurusan terus dengan autoriti berkaitan berdasarkan kepada kedudukan dalam KWSP orang yang disyaki melakukan kesalahan itu.

Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan KWSP, sekiranya disyaki melakukan fraud atau salah laku. Sebarang kes fraud atau salah laku yang dilaporkan akan disiasat menurut Akta KWSP 1991 dan undang-undang lain yang berkaitan.

 

Membuat Laporan

Saluran ‘Whistleblowing & Anti-Fraud' adalah seperti berikut:

Whistleblowing & Anti-Fraud
Hotline Whistleblowing & Anti-Fraud
03-2616 2121
e-mel

 

Surat
Jabatan Integriti & Tadbir Urus
Bangunan KWSP
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

 

Maklumat Yang Diperlukan

Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disertakan adalah:

  1. Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel;
  2. Nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan;
  3. Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku; dan
  4. Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.

 

Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

 

Tarikh Kemaskini: 19 Jun 2015

Tarikh Semakan: 6 Jun 2016