Jumlah pelawat :  

Tip Sekuriti Online

KWSP telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan sistem i-Akaun dan maklumat ahli dikawal sulit, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Antara langkah keselamatan yang dilaksanakan ialah piawaian penyulitan data 128-bit, penegasan bagi kombinasi abjad dan nombor dalam penggunaan kata laluan serta pengambilan/penjanaan Kod Pengaktifan secara terus oleh pemohon di Kios, Pejabat KWSP atau 'Mobile Team'.

ID pengguna (contoh: arni1983, norazimah, 15602332) dan katalaluan (contoh: Abcd1234, Malaysia!, 123456My) adalah kunci bagi maklumat akaun anda. ID pengguna dan kata laluan diperlukan untuk login ke i-Akaun. Kata laluan mestilah unik.

Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi ID pengguna dan kata laluan adalah seperti berikut:

  • Jangan dedahkan ID pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan ID pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi "Remember Password", kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau 'Log Out' dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun