Jumlah pelawat :  

Terma Dan Syarat

 

Akses ke Laman Web ini dan/ atau Aplikasi Mudah Alih dan penggunaan Perkhidmatan melalui Laman Web ini dan/ atau Aplikasi Peranti Mudah Alih adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut:
 
1. DEFINISI
 
"Ahli"
ertinya seseorang seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2, Akta KWSP 1991.
 
"Akaun"
ertinya akaun milik Ahli dan/atau Majikan dengan Bank.
 
"Akta KWSP 1991"
ertinya Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) dan sebarang pindaan dari semasa ke semasa.
 
"Aplikasi Peranti Mudah Alih"
ertinya aplikasi perisian yang dimuat turun dan dipasang oleh Anda di dalam Peranti Mudah Alih Anda bagi tujuan Perkhidmatan sepertimana yang diperuntukan oleh KWSP dari semasa ke semasa.
 
"Bank"
ertinya bank atau institusi kewangan seperti yang ditetapkan oleh KWSP.
 
"e-Caruman"
ertinya perkhidmatan atas talian yang membolehkan Majikan membayar caruman bulanan dan/atau mengemukakan maklumat mengenai caruman melalui i-Akaun Majikan.
 
"e-CTML"
ertinya perkhidmatan atas talian yang membolehkan Majikan mengesahkan dan menjelaskan CTML melalui i-Akaun Majikan. CTML bererti caruman yang tidak boleh dikreditkan disebabkan oleh maklumat yang tidak tepat dan/atau tidak lengkap seperti yang ditetapkan oleh KWSP.
 
"e-Pengeluaran"
ertinya perkhidmatan atas talian yang membolehkan Ahli membuat permohonan pengeluaran KWSP dibuat melalui i-Akaun Ahli atau i-Akaun Rakan Niaga.
 
"i-Akaun"
ertinya akaun yang boleh diakses melalui internet bagi Ahli, Majikan  dan/atau Rakan Niaga untuk membolehkan mereka mengakses akaun KWSP dan menggunakan Perkhidmatan yang disediakan. Setelah pengaktifan i-Akaun, Anda boleh mengakses Perkhidmatan di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih yang disediakan untuk Anda dari semasa ke semasa
 
"ID Pengguna "
ertinya karekter pengenalan yang digunakan oleh Anda bagi tujuan mengakses i-Akaun.
 
"Isi Kandungan"
ertinya semua data, maklumat, bahan, laporan dan rekod termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan ringkas, imej, lambang, video, animasi dan bentuk seperti mana yang dipaparkan atau dimuatkan di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
"Kata Laluan"
ertinya karekter istimewa yang diketahui secara peribadi yang digunakan bersama ID Pengguna untuk tujuan pengesahan bagi megakses, terutamanya i-Akaun dan perkhidmatan internet lain yang disediakan.
 
"KWSP"
ertinya Lembaga Kumpulan Wnag Simpanan Pekerja, sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta KWSP 1991.
 
"Laman Web"
ertinya www.kwsp.gov.my, laman web rasmi KWSP.
 
"Majikan"
ertinya majikan seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2, Akta KWSP 1991.
 
"Maklumat"
ertinya apa-apa maklumat, teks, data peribadi, data, kenyataan, bahan, masej atau sebarang maklumat lain yang dipaparkan dan/atau yang dinyatakan di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
"Pelulus"
ertinya seseorang yang mengesahakan dan meluluskan transaksi Perkhidmatan yang dilakukan oleh Penyelia.
 
"Pengguna i-Akaun"
ertinya Ahli atau Majikan atau Rakan Niaga yang telah mengaktifkan i-Akaunnya.
 
"Pentadbir"
ertinya wakil yang dilantik bagi pihak Majikan atau Rakan Niaga yang mengawal dan menguruskan i-Akaun Majikan atau Rakan Niaga.
 
"Penyedia"
ertinya seseorang yang menyediakan transaksi dan/atau membekalkan maklumat untuk Perkhidmatan bagi pihak Majikan/Rakan Niaga.
 
"Peranti Mudah Alih"
ertinya peranti mudah alih, telefon bimbit dan /atau alatan elektronik yang dimiliki oleh Anda dan disediakan untuk tujuan Perkhidmatan.
 
"Perkhidmatan"
ertinya e-Caruman, e-CTML, E-Faedah Persaraan, e-Caruman Sukarela, e-Penguatkuasaan, e-Rayuan, e-Pengeluaran, dan semua perkhidmatan atas talian, yang disediakan dari semasa ke semasa di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
"Petugas Barisan hadapan"
ertinya seseorang yang menbantu ahli untuk menghantar permohonan e-Pengeluaran bagi pihak ahli.
 
"Rakan Niaga"
ertinya mana-mana organisasi yang menyertai e-Pengeluaran.
 
"Rekod Transaksi"
ertinya suatu rekod berkaitan dengan pengemukaan butiran caruman bulanan KWSP oleh Majikan atau penyelesaian CTML kepada pekerja Majikan tersebut yang sah dan bayaran dibuat oleh Majikan di bawah Akta KWSP 1991.
 
"Super User"
ertinya wakil yang dilantik oleh Rakan Niaga bagi urusan pendaftaran dengan KWSP.
 
2. UMUM
Istilah "Anda" hendaklah merujuk kepada pengguna Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, pengguna Perkhidmatan dan/atau Pengguna i-Akaun.
 
Akses anda ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan penggunaan Perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini.
 
Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih setiap kali Anda mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, Anda dengan ini bersetuju bahawa akses kepada Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko Anda sendiri dan Anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada penggunaan Laman Web ini dan/atau Aplikasi peranti Mudah Alih dan Perkhidmatan di dalamnya. Jika pada bila-bila masa Anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses Anda kepada Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan/atau penggunaan Perkhidmatan.
 
Terma dan Syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada semua ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih atau sebahagian darinya, sama ada melalui internet, telefon bimbit dan/atau alatan elektronik perantaraan dan/atau penggunaan Isi Kandungan dan/atau perkhidmatan. Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia. 
Anda bersetuju dan mengambil maklum bahawa ciri-ciri dan fungsi Perkhidmatan adalah berbeza diantara Laman Web dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan sebahagian Perkhidmatan mugkin atau mungkin tidak terdapat di Laman Web dan/atau Terma dan Syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada semua ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan mungkin akan disedia adakan pada masa hadapan tertakluk kepada budibicara KWSP.
 
Anda hendaklah memastikan bahawa akses dan/penggunaan Perkhidmatan adalah melalui Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih yang ditentukan oleh KWSP dari semasa ke semasa.
 
3. PERATURAN PENGGUNAAN
Anda bersetuju dan mengakur janji untuk TIDAK menggunakan Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, Isi Kandungan dan Perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin termasuklah menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan mengikut Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan ini termasuk :
a) Untuk mempamerkan apa-apa kelakuan, perbuatan atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, fitnah, hasutan, menghina atau membenci, pemalsuan, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu individu, memberikan tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi individu lain, mengandungi ancaman atau emel yang mendatangkan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mungkin menyalahi hak cipta, tanda dagang atau apa-apa harta intelek;
 
b)  Penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perdagangan tanpa kebenaran;
 
c)  Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai KWSP atau hos atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan Anda dengan individu atau entiti;
 
d)  Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem ;
 
e)  Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah;
 
f)  Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses', ‘time bombs', ‘worms', ‘cancelbots' atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem; atau menggangu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing', ‘flooding', ‘broadcast attacks database' atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem KWSP;
 
g)  Memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan
 
h)  Menjual semula atau menyediakan Laman Web ini dan/atau Apliklasi Peranti Mudah Alih, Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.
 
KWSP mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, Isi Kandungan dan Perkhidmatan mengeluarkan atau menolak sebarang perkara yang melanggar Peraturan Penggunaan. 
 
KWSP mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan.
 
4. HAK PROPRIETARI
Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan Perkhidmatan di dalamnya adalah hak milik KWSP. Laman Web ini dan/atau Aplikasi Mudah Alih adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan hak-hak proprietari lain.
 
Tiada lesen atau hak diberikan kepada Anda dan akses Anda ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan/atau penggunaan peralatan atas talian dan Perkhidmatan tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Isi Kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada KWSP atau pemilik pihak ketiga hak proprietari yang berkaitan.
 
5. TANDA DAGANG
Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih adalah hak milik KWSP dan/atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
Melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada KWSP atau pemilik pihak ketiga mana-mana tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan di Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih telah diperolehi, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo. Begitu juga, melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada KWSP atau pemilik yang berkaitan itu, tiada tanda dagang tersebut, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih atau mana-mana laman lain.
 
6. PINDAAN
KWSP berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Semua pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan akan dipaparkan di Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan penggunaan berterusan oleh Anda di Laman Web ini  dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih selepas pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan yang telah dipaparkan akan dianggap sebagai pematuhan Anda, pengakuan dan penerimaan kepada Terma dan Syarat yang dikemaskinikan.
 
7. PAUTAN
Pautan dari atau ke mana-mana laman web di luar Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan KWSP. KWSP tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan laman-laman web tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.
 
Pautan yang disediakan di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan laman-laman web tersebut atau kandungan di dalamnya oleh KWSP. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko Anda sendiri dan KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan berkaitan dengan pautan.
 
8. ARAHAN
Anda hendaklah memberikan Maklumat yang benar, tepat dan lengkap apabila Anda memberi arahan kepada KWSP berhubung dengan Perkhidmatan. KWSP akan bergantung kepada Maklumat sebagaimana yang diberikan dan diarahkan oleh Anda dan KWSP tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan atau menilai Maklumat untuk mempengaruhi transaksi tersebut.
 
Anda bersetuju dan menerima bahawa apa-apa arahan yang Anda akan keluarkan hendaklah pada setiap masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh KWSP dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.
 
KWSP berhak mengikut budi bicara mutlaknya, untuk tidak melaksanakan apa-apa arahan Anda di mana arahan Anda tidak selaras dengan polisi KWSP, prosedur atau undang-undang atau untuk apa-apa sebab lain sekalipun.
 
Anda dengan ini bersetuju bahawa apa-apa arahan yang diterima oleh KWSP selepas kejayaan penggunaan ID Pengguna dan Kata Laluan adalah kebenaran bagi KWSP untuk bergantung dan bertindak atas arahan Anda. Sekiranya Anda atau seseorang yang menyamar sebagai Anda, mengakses i-Akaun, menggunakan Perkhidmatan dan memberi apa-apa arahan kepada KWSP, Anda bersetuju bahawa arahan tersebut hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh Anda walaupun arahan tersebut yang telah diberikan oleh pihak ketiga sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan oleh Anda dan Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi apa-apa tindakan, kegagalan, kelewatan, kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku.
 
9. PENGHANTARAN MELALUI LAMAN WEB
KWSP tidak menjamin bahawa mana-mana penghantaran yang dihantar kepada KWSP melalui Laman Web ini dan/atau Aplikasi Mudah Alih adalah benar-benar selamat dan bebas daripada apa-apa keingkaran, kesilapan dan/atau data yang tertinggal. KWSP tidak akan bertanggung jawab untuk apa-apa kerugian dan/atau gantirugi yang disebabkan oleh mana-mana individu berhubung dengan penghantaran melalui Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih. Disebabkan keadaan semulajadi Internet, penghantaran itu mungkin tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, kelewatan penghantaran dan kesilapan penghantaran data. KWSP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan kemudahan komunikasi yang boleh menjejaskan ketepatan masa transaksi.
 
10. GANGGUAN SISTEM KOMPUTER
KWSP tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem komputer Anda. Anda akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan.
 
KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
11. KERAHSIAAN MAKLUMAT
Dengan mengakses Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, Anda mengakui dan bersetuju bahawa KWSP boleh mengumpul, mengekalkan atau mendedahkan Maklumat Anda atau mana-mana maklumat oleh Anda untuk keberkesanan Perkhidmatan dan Maklumat yang dikumpul, disimpan atau didedahkan hendaklah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana perundangan, undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai dari semasa ke semasa.
 
Anda bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Perkhidmatan di Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, yang Maklumat boleh diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan dan bersetuju untuk tidak memegang KWSP bertanggungjawab ke atas sebarang akses yang tidak dibenarkan atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripadanya.
 
Anda hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan Kata Laluan Anda dan tidak mendedahkan Kata Laluan Anda kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja.
 
Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Kata Laluan atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan ini.
 
Anda menerima tanggungjawab bahawa dalam apa-apa keadaan di mana Kata Laluan Anda dimaklumkan kepada mana-mana orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, Anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan pendedahan, penemuan atau Anda mesti memaklumkan kepada KWSP dengan segera.
 
12. CAJ/YURAN
Anda bersetuju dan mengakui bahawa KWSP mempunyai hak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengenakan caj atau fi bagi Perkhidmatan ini setelah memberikan notis terlebih dahulu.
 
13. PENGENEPIAN
Sekiranya KWSP gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma dan Syarat ini atas apa jua sebab, KWSP hendaklah tidak ditafsirkan sebagai mengenepikan hak KWSP untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak kami terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh Anda.
 
Jika mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini ditetapkan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang terpakai, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan itu dianggap digantikan oleh peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan dengan tujuannya paling dekat dengan peruntukan asal dan peruntukan yang selebihnya dalam Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
 
Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam ini adalah terpelihara.
 
14. PENGECUALIAN LIABILITI
KWSP dan/atau ejen-ejennya di dalam mana-mana situasi dengan ini tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa asas yang lain, termasuk tanpa had, secara langsung, tidak langsung atau sebarang kerosakan, atau kerugian atau keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Anda atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih ini (atau mana-mana pautan pihak ketiga ke atau dari Laman Web ini), kebergantungan kepada Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini, apa-apa kegagalan teknikal, perkakasan atau mana-mana jenis perisian, gangguan, kesilapan, maklumat yang tertinggal, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya.
 
Klausa pengecualian ini hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
 
15. INDEMNITI
Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung kerugian dan menanggung rugi KWSP, terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, kos, tuntutan, yuran (termasuk fi peguamcara atas dasar peguamcara dan anak guam) dan semua perbelanjaan yang timbul daripada sebarang pelanggaran ke atas mana-mana Terma dan Syarat Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih disebabkan oleh ketidakpatuhan, ketidakakuran Anda, keengganan pengecualian Anda daripada tatacara dan prosedur dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, kecuaian dalam melaksanakan kewajipan Anda dan pelanggaran mana-mana hak harta intelek di mana-mana bahagian Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih,dan Perkhidmatan ini dan apa-apa liabiliti yang timbul daripada kecuaian Anda atau salah laku secara sengaja atau dari ketidakpatuhan, ketidakakuran, keengganan dan pengecualian daripada langkah-langkah dan prosedur di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, kecederaan tubuh badan, kematian mana-mana individu atau kerosakan kepada mana-mana harta peribadi .
 
16. PENAMATAN
KWSP berhak untuk menamatkan/menahan akses Anda ke Laman Web ini dan/atau penggunaan Laman Web ini dan/atau Peranti Mudah Alih ini dan/atau penggunaan Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan Perkhidmatan pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagian tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Anda melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak KWSP/pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Anda telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.
 
17. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan mengakses Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di sini , Anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
 
18. PANDUAN PENGGUNA DAN SOALAN LAZIM
"Panduan Ringkas" ertinya panduan atau panduan-panduan yang dikeluarkan oleh KWSP kepada Anda yang mengandungi arahan operasi untuk mod akses dan jenis transaksi yang disediakan melalui Perkhidmatan dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan dan Panduan Ringkas lain sebagaimana yang dikeluarkan oleh KWSP dari semasa ke semasa. Panduan Ringkas tersebut terdapat di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
Anda hendaklah membaca dan memahami Panduan Ringkas dan/atau Soalan Lazim sebelum cuba untuk menggunakan Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, ini dan i-Akaun dan tidak menjalankan apa-apa arahan atau menggunakan i-Akaun dengan kehadiran mana-mana individu lain.
 
19. NOTIS
KWSP boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan notis semasa kepada Anda melalui mana-mana kaedah seperti berikut:
a) Melalui mel elektronik ke alamat emel terakhir Anda yang diketahui dalam rekod KWSP dan pemberitahuan itu hendaklah dianggap telah diterima dua puluh empat (24) jam selepas dihantar.
b) Melalui mesej ke nombor telefon bimbit terakhir Anda yang diketahui seperti yang didaftarkan untuk Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorisation Code atau TAC) dan pemberitahuan itu hendaklah dianggap telah diterima dua puluh empat (24) jam selepas dihantar.
c) Melalui penyiaran mesej ke peti masuk mesej i-Akaun Anda.
 
20. MENYEMAK AKAUN KWSP
Baki yang dipaparkan di dalam i-Akaun mungkin bukan baki sebenar yang mungkin tidak termasuk caruman yang belum dikreditkan ke dalam akaun Anda atau jumlah pengeluaran yang belum didebitkan dari akaun Anda.
 
21. MAKLUMAT AKAUN
KWSP tidak menjamin ketepatan dan kesempurnaan sebarang maklumat berkaitan Akaun Anda atau transaksi seperti yang dilaporkan melalui Perkhidmatan ini. Anda perlu memastikan bahawa Maklumat adalah betul, lengkap, tepat dan terkini. KWSP tidak mempunyai sebarang liabiliti apa jua (termasuk tetapi tidak terhad kepada) bagi apa-apa ganti rugi secara langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit, kehilangan keuntungan dijangka atau kerugian ekonomi lain yang timbul daripada, berkaitan dengan atau berhubung dengan Maklumat yang terkandung di dalam Akaun Anda, penggunaan atau pergantungannya.
 
Anda bersetuju bahawa Maklumat yang berkaitan dengan Akaun Anda atau transaksi seperti yang dilaporkan melalui Perkhidmatan ini tidak akan bagi apa-apa tujuan sekalipun diambil sebagai muktamad mengenai status Akaun Anda atau transaksi.
 
22. CIRI-CIRI KESELAMATAN
Pentadbir adalah seseorang yang diberi kuasa untuk i-Akaun Anda di mana Pentadbir boleh memilih untuk menggunakan ciri-ciri Penyedia dan Pelulus untuk Perkhidmatan. Pentadbir ini juga mempunyai kuasa untuk mendaftar mana-mana individu sebagai Penyedia dan Pelulus.
 
Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi pelantikan Pentadbir, Penyedia dan Pelulus. KWSP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada pelantikan Pentadbir, Penyedia dan Pelulus.
 
Anda hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan sebarang Maklumat yang dikemukakan untuk apa-apa tujuan melalui Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih adalah tepat, lengkap, terkini dan bebas daripada kesilapan. KWSP tidak memberi apa-apa waranti untuk Maklumat yang dikemukakan oleh Majikan melalui Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan dan kesilapan yang disebabkan oleh Majikan.
 
Sekiranya Anda memilih untuk tidak menggunakan ciri-ciri Penyedia dan Pelulus, KWSP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul di dalamnya.
 
23. BAYARAN
Anda hendaklah memastikan bahawa terdapat dana yang mencukupi pada setiap masa di dalam Akaun Anda untuk melaksanakan apa-apa transaksi pembayaran melalui i-Akaun. Anda bersetuju bahawa Bank yang dilantik oleh KWSP berhak untuk mendebit Akaun Anda untuk melaksanakan transaksi yang diarahkan oleh Anda.
 
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang transaksi yang dibuat oleh Anda berhubung dengan Perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada Rekod Transaksi.
 
Bagi Majikan yang mempunyai urusan pembayaran dengan bank, Majikan adalah terikat dengan proses dan prosedur Bank masing-masing.
 
24. PENGESAHAN IDENTITI
Anda dengan ini bersetuju bahawa Anda akan hadir di premis KWSP atau ejen yang dilantik atau Rakan Niaga untuk pengesahan identiti Ahli melalui pengesahan cap ibu jari sebelum pengeluaran Anda diserahkan melalui pilihan pembayaran yang ada
 
25. PENAFIAN
Isi Kandungan dan Maklumat yang disediakan oleh KWSP berdasarkan "sedia ada" dan " sebagaimana tersedia". Rujukan kepada Isi Kandungan dan Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih adalah termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga. KWSP tidak memberi jaminan bahawa Perkhidmatan akan disediakan pada setiap masa.
 
KWSP tidak memberikan sebarang jaminan nyata atau tersirat, representasi, atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, pelanggaran hak, kebolehdagangan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, terkini, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu berhubung dengan Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih, Isi Kandungan, Maklumat dan/atau fungsi di dalamnya secara jelas menafikan liabiliti bagi kesilapan dan ketinggalan dalam Isi Kandungan dan/atau Maklumat. Tanpa pengurangan kepada peruntukkan di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian berkenaan dengan produk dan perkhidmatan KWSP, langkah-langkah sewajarnya akan diambil oleh KWSP untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkaitan transaksi dan produk dari KWSP.
 
Anda, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan/atau mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih. Anda hendaklah bersetuju bahawa apa-apa Maklumat yang digunakan/didapatkan dari Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi peranti Mudah Alih untuk tujuan Perkhidmatan adalah lengkap, tepat, boleh dipercayai, terkini dan bebas daripada kesilapan. Dalam apa keadaan KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
Dengan mengakses masuk ke i-Akaun di Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih dan dengan menggunakan Perkhidmatan, Anda dengan ini akan mematuhi prosedur yang ditetapkan di dalamnya. Sekiranya Anda memilih untuk tidak menggunakan apa-apa langkah/prosedur untuk tujuan Perkhidmatan tersebut, Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk pilihan yang dibuat dan tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas KWSP untuk sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau Aplikasi peranti Mudah Alih dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini dan/atau Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 
26. APLIKASI PERANTI MUDAH ALIH
a)  Anda mengakui bahawa muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi Peranti Mudah Alih adalah atas risiko Anda sendiri dan muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi Peranti adalah setia masa tertakluk kepada terma tambahan seperti berikut :
 
b)  Anda tidak boleh menggunakan Peranti Mudah Alih bagi tujuan selain dari untuk tujuan Perkhidmatan dan/atau bagi tujuan sepertimana yang ditentukan oleh KWSP dari semasa ke semasa;
 
c)  Anda hendakalah bertanggungjawap ke atas penggunaan Aplikasi Peranti Mudah Alih di dalah Peranti Mudah Alih Anda;
 
d) Anda tidak boleh membenarkan atau membolehkan mana-mana individu mengakses Aplikasi Peranti Mudah Alih atau membiarkan Peranti Mudah Alih tanpa pengawasan yang boleh memyebabkan individu mengakses Aplikasi Peranti Mudah Alih; 
 
e)  Anda tidak boleh membuat semula, menyusun semula, kejuruteraan berbalik dan cuba untuk memdapatkan source code, mengubahsuai, membuat kerja terbitan Aplikasi Peranti Mudah Alih, pengemaskinian perisian atau mana-mana bahagian ke atas Aplikasi Peranti Mudah Alih berkenaan.
 
f)  Anda tidak boleh menggunakan Aplikasi Peranti Mudah Alih bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang, akta,peraturan atau undang-undang kecil bagi mana-mana bidang kuasa berkenaan;
 
g)  Anda hendaklah memuat turun Aplikasi Peranti Mudah Alih dari Apple App Store, Google Play atau aplikasi yang dibenarkan oleh KWSP
 
h)  Anda tidak boleh memasang atau menggunakan Aplikasi Peranti Mudah Alih pada jail-broken atau rooted device yang boleh menjejaskan ciri-ciri keselamatan Peranti Mudah Alih. 
 
Anda bersetuju bahawa KWSP berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian Aplikasi Peranti Mudah Alih pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa notifikasi kepada Anda.
 
Anda bersetuju bahawa KWSP tidak akan bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan untung, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif , teladan atau khas yang timbul dari kerosakan atau pencemaran atau kegagalan Aplikasi Peranti Mudah Alih, perkakasan atau perisian yang digunakan berkaitan dengan Aplikasi Peranti Mudah Alih.
 

<<Kembali

Tarikh Kemaskini: 16 Disember 2016

Tarikh Semakan: 16 Disember 2016