Jumlah pelawat :  
Members Login


Business Partners Login

Menyimpan Buku/Daftar Upah/Gaji

Seksyen 42(2) Akta KWSP 1991
Majikan hendaklah menyelenggara & menyimpan Buku/Daftar Upah dan rekod KWSP, sekurang-kurangnya enam (6) tahun dari tarikh maklumat terakhir direkodkan. 
 
Buku/Daftar Upah ini hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pemeriksa KWSP untuk semakan apabila diminta.
 
Butiran yang perlu direkodkan dalam Buku/Daftar Upah :
  1. Nama penuh pekerja;
  2. Nombor keahlian KWSP;
  3. Jantina;
  4. Tarikh lahir;
  5. Nombor kad pengenalan / nombor pasport;
  6. Kewarganegaraan pekerja;
  7. Alamat tempat tinggal;
  8. Jawatan;
  9. Tarikh mula bekerja;
  10. Kaedah pembayaran upah (contohnya: harian/mingguan/bulanan);
  11. Upah untuk tempoh berkenaan;
  12. Pembayaran lain bagi tempoh berkenaan;
  13. Amaun yang dipotong untuk caruman KWSP;
  14. Amaun yang dibayar oleh majikan untuk caruman KWSP.