Jumlah pelawat :  
Members Login


Business Partners Login

Menyediakan Penyata Upah/Gaji

Seksyen 42(1) Akta KWSP 1991
Majikan hendaklah menyedia dan memberikan penyata upah yang menunjukkan potongan KWSP pekerja.
  • Sebagai majikan anda adalah WAJIB memberikan penyata atau slip gaji setiap bulan kepada pekerja.
  • Penyata atau slip gaji perlu memaparkan potongan caruman syer pekerja dan syer majikan.
  • Majikan bertanggungjawab untuk mencarum syer pekerja dengan memotong gaji pekerja serta bertanggungjawab untuk mencarum syer majikan.
  • Jumlah caruman syer pekerja dan syer majikan hendaklah berdasarkan Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.
  • Penyata hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

       1. Nama penuh pekerja;

       2. Nombor keahlian KWSP;

       3. Jantina;

       4. Nombor kad pengenalan/pasport;

       5. Kewarganegaraan;

       6. Kaedah pembayaran upah (contohnya: harian/mingguan/bulanan);

       7. Upah untuk tempoh berkenaan;

       8. Tarikh bayaran upah;

       9. Pembayaran lain bagi tempoh berkenaan;

       10. Amaun yang dipotong untuk caruman KWSP;

       11. Nombor pendaftaran majikan;

       12. Amaun yang dibayar oleh majikan,untuk caruman syer majikan; dan

       13. Nama penuh majikan/wakil majikan, tandatangan serta tarikh penyata dikeluarkan.