Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran

Syarikat yang berminat untuk mendaftar bagi menjadi pembekal di KWSP dinasihatkan untuk meneliti permohonan mereka sebelum dihantar. Sebarang kegagalan menyediakan dokumen yang diperlukan akan menyebabkan permohonan ditangguh atau dibatalkan. Dokumen yang diperlukan adalah : 
  • Setiap pemohonan hendaklah dilampirkan bersama satu salinan bagi setiap dokumen yang tersebut di bawah:
    • Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang 9)
    • Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor - KKM
    • Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputra - KKM (sekiranya ada)
    • Salinan Pendaftaran Syarikat GST - Kastam (sekiranya ada)
    • Salinan Sijil Perniagaan & Borang D
    • Memorandum & Articles of Association (jika syarikat SDN BHD)
    • Borang 24 & 49
    • Profail Syarikat
  • Semasa penyerahan borang pendaftaran, pemohon dikehendaki untuk mengemukakan dokumen asal Sijil Kementerian Kewangan (KKM).
  • Sekiranya Sijil Kementerian Kewangan syarikat telah tamat tempoh, pemohon diminta untuk mengemukakan Sijil Kementerian Kewangan yang telah diperbaharui.
  • Syarikat yang gagal berbuat demikian tidak boleh menyertai sebarang pelawaan sebutharga/tender yang ditawarkan di KWSP.

 

Tarikh Kemaskini: 2 Mei 2017

Tarikh Semakan: 2 Mei 2017