Members Login


Business Partners Login

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli

Mulai 1 Januari 2019, kuantum baharu Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan. Kuantum baharu ini menetapkan RM240,000.00 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam Akaun KWSP apabila mencapai umur 55 tahun.

 

Definisi Simpanan Asas

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000.00 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

 

Rasional

Rasional pelaksanaan Simpanan Asas adalah supaya ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM1,000.00 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.   

 

Syarat-syarat yang Ditetapkan

  • Ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Skim Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah. 
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual di bawah.
 

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1

Umur
(Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

Umur (Tahun)

Simpanan Asas
 (RM)

18

2,000

37

68,000

19

4,000

38

74,000

20

6,000

39

80,000

21

8,000

40

86,000

22

10,000

41

93,000

23

13,000

42

101,000

24

15,000

43

108,000

25

18,000

44

116,000

26

21,000

45

125,000

27

24,000

46

134,000

28

27,000

47

144,000

29

31,000

48

154,000

30

35,000

49

164,000

31

39,000

50

175,000

32

43,000

51

187,000

33

47,000

52

199,000

34

52,000

53

212,000

35

57,000

54

226,000

36

62,000

55

240,000

 

Contoh Pengiraan Kelayakan

Ahli

Umur

Simpanan di dalam Akaun 1 (RM)

Simpanan Asas Baharu
(RM)

Pengiraan untuk Pelaburan (30%)

Kelayakan

A

22

4,000

10,000

-

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas baharu.

B

22

11,000

10,000

RM11,000.00 – RM10,000.00 x
     30% = RM300.00
 

Ahli tidak layak memohon. Kelayakan minimum adalah RM1,000.00

C

25

24,000

18,000

RM24,000.00 – RM18,000.00 x
30% = RM1,800
 

Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum adalah RM1,000.00 dan maksimum adalah RM1,800.00

 
 
Pertanyaan
 
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli, sila hubungi :-
  • Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP. Tel: 03-8922 6000
  • Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my
Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.  
 
 
 
Tarikh Kemaskini: 1 Januari 2019
 
Tarikh Semakan: 1 Januari 2019