Pegawai Pengesah Dokumen
 

  • Bagi serahan borang permohonan di kaunter KWSP, sila bawa bersama dokumen asal berserta salinan dokumen bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP (jika belum dibuat pengesahan dokumen).
  • Sila pastikan SEMUA salinan dokumen telah disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi pengesah kecuali bagi salinan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan oleh KWSP sebagai pegawai pengesahnya.

Pegawai Pengesah Dokumen Bagi Permohonan Dalam Negara

BIL.

DOKUMEN

PEGAWAI PENGESAH

1.

Salinan Kad Pengenalan Diri dan Dokumen-Dokumen Sokongan Lain

  • Pegawai KWSP yang terdiri daripada:
    • Pegawai KWSP Gred 18 dan ke atas
    • Pegawai Kaunter KWSP
  • Majikan Pemohon
  • Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawa
  • Jaksa Pendamai
  • Peguam
  • Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun / Agensi Kerajaan Dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional 
  • Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Ahli Parlimen
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)

2.

Salinan Resit Pembayaran Yuran Pengajian

  • Pegawai Institusi Pengajian Tinggi
  • Pegawai Kaunter KWSP / Pegawai KWSP Gred 18 dan ke atas

3.

Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian dan mana-mana dokumen yang sumbernya dikeluarkan oleh IPTS

   Pegawai IPTS

 

Pegawai Pengesah Dokumen Bagi Permohonan Luar Negara

 

BIL.

DOKUMEN

PEGAWAI PENGESAH

1.

Semua Dokumen

  • Kedutaan Malaysia
  • Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat Malaysia
  • Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia
  • Notari Awam ('Public Notary')
  • Ketua Pejabat Pelajar Antarabangsa Universiti berkenaan.

Tarikh Kemaskini: 20 Disember 2016

Tarikh Semakan: 9 Januari 2017